HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Tuesday, December 25, 2012

Jumpa Doktor..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

Assalamualaikum w.b.t and good evening insha Allah...
this week totally straight in cloudy situation...
i dont care bcause it comes from al-Razaq... Maha Pemberi Rezeki...
even the sun didnt sunshine brightly but there is wisdom behind... ^_^
jangan sesekali nak marah... sebab sebahagian manusia ada yang berhujah tentang keadaan cuaca yang tak mengizinkan mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti... bukan untuk menghalang tetapi sebagai ujian yang  beri kepada hamba-hambaNya... nak test... biasalah kan macam pegawai CEO nak test pekerja dia, mesti yang kasi baik-baik punya! dan akhirnya diberi ganjaran...
macam itu juga Allah menguji hamba-hambaNya tak kira apa-apa keadaan walaupun dalam keadaan yang gelap GULITA !

haiyaa! mana mao nampak... 2 mate je maa!! :D


hmm... cakap-cakap pasal rezeki terlajak pula. nak cakap pasal jumpa doktor semalam. I met her, Dr Rohani Samad she's kelantanese woman... wah... orangnya bersemangat buatkan ana rasa teruja untuk mendengarnya. bukan semalam je tau... dulu-dulu pun orangnya macam itu. best! tak rasa bosan dan jarang jumpa doktor yang macam ini. sekurang-kurangnya macam-macam input kita boleh dapat. hehe...

kenapa jumpa doktor? adalah. hehe. bukan nak merahsia tapi cuma memikirkannya macam-macam. sakit kat kaki kanan yang sememangnya berbisa. dengan keadaan pening serta selesema dan bersin. wah! memang diuji dengan sebegitu tapi dapat ubat bukan untuk sakit itu tapi sakit lain. bukan sakit tetapi berkaitan dengan badan kita. yang sememangnya ana dari dulu kelihatan seperti ini dan tiba serunya untuk ana berubah. change ourselves before we need to change others! yeah... pepatah ini memang selalu orang menggunakan kalau teringin sangat nak menang kalau dah kena tegur dengan orang yang sama taraf level. huhuhu. walau apa pun yang terjadi ana dah tekad. tekad yang teramat! hua!

jangan yakin sangat tapi cuba!!!!! 

haha. see? kadang-kala manusia ini sukar dijangka untuk menerima hakikat. macam analah juga. susah orang semua nak faham. kejap-kejap moodnya berubah.hehe. maaflah ya. ana memang begini caranya tapi kena pastikan juga yang ana ni bukan seorang yang moody. bila dah gembira jangan terlampau suka ... dan bila dah sedih yang terlampau berdukacita. bahaya! yelah tengok berat badan pun, NAIK mendadak masya ALLAH ! T___T mahu nangis? pasaipa hang dok pikiak nak nangis? memeh benor... err err... 
salah ana juga. sebab tak kawal pemakanan. lagipun kalau dulu kat sekolah dengan asrama... adalah juga bergerak ke sana ke mari buat tugasan tu tugasan ni... tak adalah nampak sangat. bila dah habis SPM kemudian duduk rumah... tak tahulah macam mana sekarang. dulu ingat lagi... ramai yang panggil ana dengan macam-macam panggilannya... perempuan mengandunglah, gajahlah, pau-lah... ade ler sebab-sebabnya.. -.- tapi sabar jelah wahai diri ini. sekarang baru nak dapat hidayah nak berubah. alhamdulillah. sebab ana ni degil juga orangnya. pheww! penat yang sesiapa yang jaga ana ni. hehe. 

lepas ana jumpa doktor ni rasa lapang sikit. sebab ana rasa memang selama ini ana rasa pening-pening akibat pertambahan berat yang mendadak. hati ini banyak bersabar. hmm... tapi apa yang penting we need Allah always wherever we go... sebab Allah-lah kita sebagai manusia jadi kuat. dan bila ana fikir-fikir juga. ibadah ana boleh jadi rosak (ana rasa memang ana tak betul dalam ibadah ini) sebab solat ana rasa tak sedap badan dan susah nak ikhlas dan tenang. astaghfirullah. moga selepas ini ana jadi insan seperti hamba-hambaNya yang lain. nak sangat jadi anak, sahabat dan isteri yang solehah (yang ni lama lagi)  api apakan daya untuk ana untuk mengecapinya TETAPI juga tidak mustahilkan untuk mencapainya?

ana tahu dia gemuk sebab bersalin... tapi kita boleh berusaha bukan?

Insha Allah dalam masa beberapa bulan ini sebelum kaki ana menjejaki ke bumi Maahad untuk mengambil keputusan SPM ana akan membuat sedikit perubahan. tak banyak mana. kalau boleh janganlah naik lagi. perasaan kewanitaan baru nak muncul. sebab ana mana ada perasaan nak melawa atau cantik. nak bergaya atau berbelanja sakan. tu bukan ana! tapi sekarang sikap itu muncul. kalau dulu nak tengok beg tangan pun geli tapi sejak sahabat-sahabat ana semuanya matang... ana pun patut bergerak seiring seperti dengan mereka tapi berpada-padalah dan bersikap qanaah. insha Allah doakan untuk ana. dan doakan ana dapat keputusan SPM dengan mengalirnya tangisan kerana gembira serta seorang suami yang soleh. wa zaujan solihan. ayat ini si Wardhatul Shauqah yang ajak ana lakukannya dalam suatu bacaan doa dalam solat. hehe. bukan tak nak kongsi cuma ana tak dapat nak menulis. letih untuk posting hari ini.

insha Allah... kalian juga mampu mendapat yang terbaik kerna 
sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Pengasih.

daripada jumpa doktor... macam-macam benda yang ana dapat tahu. aliran arus elektronik dalam urat saraf sampai jua kepada minda dan pemikiran ana untuk berubah. dan doakan ana agar hati ana 
menjadi lebih ikhlas ....

jika ana ada lakukan kesilapan, maafkan ana kerana ana hanyalah insan biasa seperti kalian
yang lakukan kesalahan. ^_^

Lets kita mengislahkan diri kita dan lakukan tranformasi insha Allah.