HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Thursday, January 31, 2013

Tag To Syah !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

assalamualaikum w.b.t
rehatkan hati dan minda...
ni kiranya REHAT SEBENTAR-lah...
posting-posting pasal kehiudpan
tapi yang ni pasal sahabat (siap tanya syairo anak aliman macam mana nak buat)
rupanya kacang goreng hangus... copy saja! :3

Nickname saya :
  •  Syahidah kah3.. kat chat panggil syah… eh manja konon! :3

 Adakah saya pengganggu : 
  • Hmm pengganggu? Tak adalah sekadar menyemak je. Je? Kejamnya ana… hello dia bukan pengganggu okey ! kalau dua-dua susah ada penyelesaiannya… aman!

 Nasihat untuk saya :
  • Jangan mudah melatah kalau ada apa-apa terjadi ya? Hehe… hidup memang tak selalu indah langit tak selalu cerah! Be strong and be a positive thinker! You can do it!!!

 Hate/ Love : 
  • Holla! Dia benci suka cinta? Tu terletak pada tangannya  ^_^ … awak kalau awak ada dengar yang ana suka seseorang tu dah lapuk tau. You hate you love is your secret tak nak korek! Jujur ni kecuali diberitahu…

 Mula-mula jumpa saya : 
  • Err… masa form 1 tak kenal dah naik form 2 barulah kenal. Tengok orangnya macam pelik pun ada… segan agaknya ke pendiam? Kah3

 Anggapan first time jumpa :
  • Pemalu dan pendiam! Tapi ingatlagi masa form 2 hehe ada orang kata pandang kiblat… macam tak masuk akal je orang yang cakap tu TAPI ana gelak juga siapa yang kata dia begitu. Kah3 Sorry !

 Ciri-ciri saya : 
  • Memahami diri ini yang perangai kami amat berbeza macam angkasa dengan lubang dalam tanah! John perangai macam hantu… dia tak!

 Perangai buruk saya : 
  • Kalau dah rasa tak nak beri jawapan akan kata “Tak tahu” 2 perkataan yang senang ucapkan. Err… tak ada mood biasalah tu. Haha…

 Perkara ingat saya : 
  • Perangai sempoi ala-ala macam tak ada masalah padahal masalah ada
  • Kalau ada orang luah dia dengar
  • MP3 yang dah nak-nak nyawa-nyawa ikan  
  • Ingat addmath ingat dia, stress walaupun tak capai apa yang diimpikan OLEH gurunya kah3
  • Hp dia yang warna biru entah dah tukar body ke belum 

 Lagu ingat kat saya : 
  • Lagu Qasidah (yang penting qasidah badrotim )
  • Minat sangat dia lagu nih

Nama dalam contact phone : 
  • Kwn Syahidah (save dalam hp ummi sebab mana ada hp ana ni!)

 Teringin nak bagitahu saya : 
  • Setiap malam ana berdoa kirim salam rindu kepada bakal suami yang dapat beri kebahagiaan dunia akhirat dan dapat anak-anak yang soleh dan solehah melalui doa sebelum tidur!! Bhaha.. kantoi… sebab ummi ana syorkan ana baca satu doa ni tapi ana belum buatnya just doa untuk yang umum dahulu…

 Saya sebagai apa dalam hati : 
  • Pendengar masalah yang setia
  • Sahabat. Kalau ana dah masuk U ana mestikan diri ana ingat awak selalu… insha Allah kalau diizinkan Tuhan Ameen J

 Hadiah nak bagi saya : 
  • NOVEL ana tak beri apa-apa lagi sempena birthdanynya yang ke 17 ! kena tunaikan janji!

 Tagged ni saya tujukan khas kepada : 
  • -Syah
  • -Syairo anak aliman
  • -Mo Simpson
  • -Ir Beng 10
  • -Safwah anak Saleh
  • Dan sesiapa je laaa! 

Saturday, January 26, 2013

Scan Hati Tanya Diri Apakah Sumbanganmu Untuk Islam

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

Assalamualaikum w.b.t dan salam malam (eh ada ke?)
tak kisah ada ke tak salam malam hehe.. sekadar untuk bersahaja tak apalah. kan?
di sini ana mahu maklumkan bahawa ana jatuh hati! eheh?
jatuh hati? pada siapa?

jawapannya : pada hamba Allah lah, manusia tentunya bukan haiwan ya sayang. hehe

jatuh hati kepada Sham Kamikaze bukan bermaksud sepenuh jiwa raga pada dirinya... ana jatuh hati pada manusia yang kata-katanya penuh dengan keindahan.

ni sham kamikaze

tadi... maksudnya waktu hari dan masa hari ini (masa ana taip) ana menonton Selami Jiwa -Datuk Dr Fadzilah Kamsah- edisi untuk selebriti Jamal Abdillah dan Sham Kamikaze. itu pun ana dapat tengok saat akhir rancangan. sekali dengar bait-bait madah yang keluar daripada Sham. wow! ana cairlah! tengok cara duduknya yang macam... Allah sopannya Ya Tuhanku! cair! (dalam hati cakap macam ni) hehe.

selami jiwa 24 januari 2013

tajuknya tentang mengetuk pintu taubat. dari air muka Sham sahaja ana boleh dapati dan tahu serta riak wajahnya bahawa penuh keikhlasan yang wujud dalam benak sanubarinya. biarpun dilanda kontroversi dalam rumah tangganya tidak bermakna dia perlu berhenti daripada meneruskan medan dakwahnya. ana percaya dia mengalami sedikit kepayahan. sedangkan Allah menguji keteguhan iman hamba-hambaNya kerana Allah menyayangi mereka. perlahan-lahan dalam penghijrahan adalah hakikat yang murni usah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat setempat.

ana tak tahu nak berkata apalagi. benarlah sebahagian madah mengatakan kita hendaklah berhusnuzon iaitu bersangka baik terhadap sesuatu. sangka baik! penting!

ayuh husnuzon 

sesungguhnya Allah adalah perancang hidup yang PALING BAIK dan JAUH lebih baik dalam mengatur hidup hamba-hambaNya berbanding kita sebagai manusia. tidak semestinya orang muslim yang jahat akan jahat sepanjang hidupnya mungkin barangkali ada hamba-hamba Allah yang lain mendoakannya agar berubah dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Subhanallah!

ana mengakuinya.

ana perlu dan mesti akur pada perancanganNya.

tapi

ana pernah

membuat suatu kesimpulan

tentang hidup ana ini

kerana saat itu, ana merasakan diri ana benar-benar give up yang teramat! terasa berputus asa dan rasa putus dari RahmatNya. Ya Allah... apakah yang sedang masa itu aku lalui? cubaankah ini... Ya sayang itu adalah cubaan untukmu. bisikan-bisikan yang mengganggumu itu bisa sayang abaikan... tanamkan hatimu untuk rasa dekat kepadaNya... dan jawapannya adalah benar.

usah berputus asa...

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al Baqarah: 214)  
”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)

hati agar tidak mati...

selepas saat itu (dekat asrama) ana mesti pergi ke surau untuk tenangkan hati. ya.. hati ana rasa tenang dengan alunan suara-suara para muslimin yang ada ketika itu. kerap ke surau... kena pergi juga walhal lihat sahabat-sahabat ana ada yang tak pergi, ana tak kisah tapi diri ana mesti pergi. kalau tak pergi seolah-olah rasa macam kosong kerana tiada zikir yang diperdengarkan tiada suara tasbih mahupun selawat.... Ya Allah pada ketika itu ana buntu. ana mesti pergi.

doa senjata diri 

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Alam Nasyrah : 5-6).

ya ianya benar. ia bukan sangkaan tetapi fenomena realiti yang perlu kita gambarkan seolah-olah hidup. sedangkan Sultan Muhammad al-Fatih menawan Kota Constantinople pada umur yang terlalu muda bak kata orang umur 19 tahun adalah budak mentah padahal mereka melihat dengan mata kasar bukan dengan mata hati.. subhanallah!

Sultan Muhammad Al=Fateh

ianya takwa... ya takwa!

Salahuddin al-Ayubbi namanya indah persis kehebatannya jua. menawan Jerusalem pada perang salib yang ketiga pada tahun 1187 masihi rasanya. insha Allah kalau salah tolong tegur. :) wow! manusia... seperti saat-saat kehidupannya diisi dengan sisipan jiwa yang amat mendalam kepadaNya. kita? huhu...

Salahuddin Al-Ayubbi

scan hati tanya diri apakah sumbanganmu untuk Islam...? sedarkah kita? kita masih jauh ketinggalan ke belakang... masya Allah

mari kita mengislahkan diri kita ^_^

Friday, January 25, 2013

Al Fatihah Untuk Siti Hajar Ahmad Sabir

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
kerana manusia itu adalah pinjaman sementara yang tidak kekal lamanya...
pada saatnya jua dia dikembalikan kepadaNya...
Lailahailallah...Subhanallah... Allahuakbar!!!
semoga rohmu ditempatkan bersama para SOLIHIN! amiiinn ya ALLAH!!!

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata 
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
 Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
 “Orang azan kot” tingkah saya. 
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. 
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” 
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. 
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis. 
Kami tanyakan "kenapa senyum?” 
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” 
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
 “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
 Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” 
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Alhamdulillah sayang ya Mujahidah Solehah... :')

Tuesday, January 22, 2013

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum dan selamat pagi!! hehe 
santai-santai buat masa ini
ana buat seperti ini kerana nak senangkan hati
hehe...
seronoklah! 
cubalah... ^_^
mana tahu boleh buka Kedai Kek Islami khas.... 

KEK GULA HANGUS (mak alang ana nyer…)
Bahan-bahan Utama
2 cawan gula – dihanguskan
1 ½ cawan air- tuang dalam gula hangus sedikit-sedikit hingga habis

2 cawan tepung gandum         ---->         2 bahan ini
1 sudu (+) soda bikarbonat    ---->       diayak bersama

½ cawan susu cair
1 cawan minyak

2 cawan gula kastor      ------->                 2 bahan ini
5 biji telur ayam            -------->         pukul hingga kembang

Cara-cara penyediaannya
  • ·         Hanguskan gula dengan api perlahan kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit dan kacau àlarut. Biarkan seketika.
  • ·         Pukul telur dan gula hingga kembang (dalam masa 5 minit atau sehingga didapati kembang)
  • ·         Masukkan susu cair, tepung dan akhir sekali gula hangus
  • ·         Masuk dalam acuan dan bakar selama 45 minit à 1 jam (180 darjah Celcius) 
  • ·         Siap!! Resipi khas dari mak alang ana termasuk kek sifon pandan yang sebelum ini… ^_^

Monday, January 21, 2013

Kek Sifon Pandan

Assalamualaikum w.b.t
eheh.. posting untuk kali ini hanya bersantai sahaja
cara-cara nak buat kek sifon pandan
ni semuanya ummi ana laa suruh posting kat sini :3
hehe tak apa ikut kata ummi kan senang kerja?
hari ini kita berkongsi rasa kan...
asyik posting yang memenatkan fikiran,
better ana posting untuk mendamaikan hati...
walaupun tak ramai yang nak tahu
tapi ana postkan juga 
mana tahu buat yang ingin ketahui...
^_^

KEK SIFON PANDAN
Bahan-bahan A
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pes pandan
125 gm gula kastor
7 biji kuning telur
75 gm minyak masak
75 gm pati santan

Bahan-bahan B
7 biji putih telur
125 gm gula kastor
¼  sudu teh serbuk krim tartar

CARA PENYEDIAAN
1)      Ayak tepung bersama serbuk penaik dan soda. Campurkan semua bahan A dalam sebuah mangkuk. Gaul perlahan-lahan dengan senduk kayu hingga rata.

2)      Pukul bahan B hingga pekat dan gebu.

3)      Masukkan putih telur yang telah dipukul ke dalam adunan tepung tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.

4)      Sediakan acuan kek sifon berukuran 24 cm. Tuangkan adunan ke dalamnya. Acuan tidak perlu digriskan.

5)      Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam hingga masak.

6)      Apabila kek telah masak, terbalikkan acuan agar permukaannya tidak mendap. Setelah 15 minit, pusingkan semula kepada kedudukan asal. Leretkan pisau pada kelilingkek dan keluarkan kek. Sejukkan!

7)      Siap! Terima kasih. Hehe…

ok itu saje! :D

Friday, January 11, 2013

Be Brave

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi diucapkan...

dekat sini ada beberapa syair inggeris. syair inggeris? pernah pula ada? oh tak ada kalau english poem adalah. hahaha.

ni daripada sahabat ana. namanya Norazimah bt Adom. dia beri kepada ana dan sahabat-sahabat ana yang lain. alhamdulillah. kata-katanya yang sungguh indah dan berpuitis walaupun bukan yang asli daripadanya tetapi kitakan ada konsep 'Sharing Is Caring' right? kan sweet macam tu. oh sahabat-sahabatku sekalian yang dirindui biarlah pena yangku tulis ini tidak kalian ketahui tetapi rasailah ia cuma ana hantarkan melalui perasaan kasih dan rindu... ya ana mulai rindu kalian walaupun pada awalnya tidak. hanya perasan biasa-biasa. manusiakan semua majoriti macam tu ada perasaan. hmm ana berkata begini kerana ana adalah insan yang lemah dan kadang-kala tidak perasan diri ini melakukan dosa. hanyut dibuai angan-angan akhirnya terjerumus dilembah kehinaan. manusia ini kerdil. ana adalah insan itu.

dari kiri ieka hedra, zierah, momo, dan baju merah tudung kelabu hitam itu azimah@jimmy

(bukan nak jual gambar okey) hehe. teringin ingin disayangi. ana ingin disayangi oleh sahabat-sahabat ana. kekuatan persahabatan itu tidak perlu diukur jikalau keikhlasan itu tiada. jikalan keikhlasan itu tiada hendaklah kita garapkan ia dan sematkan didalam hati. disayangi oleh sahabat adalah lebih bermakna daripada disayangi oleh orang lain. terutamanya apabila kita sudah ramai yang mendirikan rumah tangga persahabatan itu masih tetap ada. ada ada dan menyala cuma... pertemuan jauh itu memisahkan antara kita. pertemuan jauh itu ibarat perhentian sementara.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

ana nak tunjukkan kiriman yang sahabat ana seorang ni beri...

My Beloved Friend,

Remember you're always in my heart,
Words begin with A B C,
Number begin with 1 2 3,
Music begin with Do Re Mi.
But friendship begin with YOU and ME.

Life's like a novel, many chapters, read and forgotten,
but there's one I'll never forget.
It's the chapter when I met YOU and WE started to know each other.

Friends are like colour pencils,
They colour our life. I may not be your FAVOURITE colour,
but hope you'll need me somewhere to complete your picture.

I may not be the most important person in your life,
but I just hope that one day, when YOU hear my name,
YOU would just smile and say "Hey! That's my friend!"

Lots of love,
azivanillaletto...2211...
forget me not, ok?

---------------------------------------------------------------------------------------------------

ana tak tahu kenapa ana suka sangat kata-katanya. almaklumlah sesuatu penghargaan dari seseorang itu kita perlu hargai tetapi kadang-kala ana sendiri ana akui ana banyak kurang hargai. bukan tak hargai tetapi hanya menggunakan mata kasar ana, ana endahkan. sebab itulah dalam Islam agama amat menitikberatkan soal hati. terutamanya bab-bab hati ini. kita perlu guna mata hati dengan sebaik-baiknya. ana berkata untuk semua dan termasuk diri ini. ana sekarang berbanding ana dahulu amatlah ketara perbezaannya. beza? beza dari segi apa?

perbezaannya amatlah jauh...
persekitaran berubah apabila diri ini menjejaki ke alam tingkatan 5 tahun lepas 2012. berubah banyak. lagi-lagi semenjak disahkan memegang satu jawatan. banyak konflik berlaku. banyak kena bersabar. banyak perbincangan formal atau tak formal berlaku. tapi apa yang penting semua itu hanyalah cubaan untuk ana dan sahabat-sahabat ana yang lain. dan itu semuanya kenangan. kenangan itu tidak boleh dijual mahupun dibeli. setiap kenangan itu pasti dilalui dan dipijak segala pengalaman yang digenggam. dalam masa yang sama hari-hari kemuncak untuk peperiksaan pada tahun yang sama membuatkan ana kadang-kala datangnya stress dan kerap sakit. tak tahu kenapa. starting untuk melangkah sebagai upper form semuanya macam-macam terjadi. haha. dengan hidung berdarahnya, time nak solat berjemaah jadi imam macam nak pitam (tak beritahu sesiapa baru sini ana tulis), kena marah dan dibebelkan dan banyak lagi. tapi perkara-perkara yang terjadi itu .... ana buatkan sebagai perencah kehidupan. kehidupan bukan berhenti disitu tapi ia berterusan sehinggalah pada saatnya ia berakhir.

apa yang buatkan ana jadi kuat? ^_^

sebab jawapannya senang sahaja. sentiasa mengingati-Nya. dalam masa yang sama juga... ana ni jadi berani. kalau dahulu nak berpetah di hadapan para sahabat suara ni macam-macam terketar-ketar habis. gugup! dan juga gulp! tak ada idea barangkali. tapi.... keberanian itu muncul apabila diri ini memberanikan diri dengan adanya pertolongan yang Maha Esa. subhanallah! apa yang datang itu tak semestinya berat dan melemahkan tetapi sesuatu yang datang itu membuatkan ana lebih mendekatkan diri kepadaNya. tetapi ada saatnya juga diri ini terasa lemah dan ingin menangis. banyak buat dosa orang macam analah ni.

so..

be brave wherever u're...
jadi berani bukan untuk menunjukkan kekuasaan kita
jadi berani untuk buat keputusan...
berani kerana Allah. dan jangan salah sangka kalau ada orang lain nak bantu kita. antara satu sama lain perlu ada komitmen bukan? nak jadi muslimah profesional memang jauh langkah geraknya apatahlagi nak mencapai skop mukminah profesional. jauh........

nak capai ni? -_- jauhnya....

dengan ada sokongan daripada usrati dan zumalai'i... ana tak rasa kesunyian. biar kita mengalah dalam sesuatu hal dan membenarkan kata-kata orang lain asalkan jangan membenarkan apa yang dikatakan itu yang membawa kepada kemungkaran. ana ingat selalu benda itu. memang ana akui ana kuat mengalah. ana tak kisah tapi kadang-kadang rasa ego tercabar juga tapi bila fikir-fikirkan balik. apa gunanya kita nak rasa tercabar. dan daripada situ ana menuntut pelajari tentang emosi. nak menangis pun ada kalau keputusan kita tidak diterima tapi itu hanyalah cubaan sementara. itu didunia sayang... biarkan kerana kerahmatan dan keredhaanNya itu yang perlu kita mahukan...

be brave... insha Allah dengan pertolongan Ya Muhaimin semuanya baik-baik belaka.

lets mengislahkan diri kita...

Monday, January 7, 2013

Bayi bau syurga

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

assalamualaikum w.b.t dan selamat petang yang indah biarpun hujan di bumi JB kat sini (renyai-renyai sikit)
almaklumlah duduk sini menemani kak along ana merangkap kakak ipar !!! hahaha kak along ana tengah pregnant for the first time so i sincerely hepin' her to do housework insha Allah. duduk dekat jb ni macam-macam yang ana tengok dan fikir. fikir secara matang dan betul. bukan daripada pendangan negatif atau apa-apa cuma pendapat ana. hmm... hehe

cakap fasal baby bau syurga ini menimbulkan rasa teruja ana. ya, ana terpesona sebenarnya dengan bau  baby. tak tahu kenapa tapi apa yang ana bau masa dulu (ana tak ingat bila tapi akhir-akhir tahun ni lah) bau bayi adalah bau syurga walaupun masam macam mana sekalipun kalau bayi tu baru bangun pagi tetap ana kata ana suka. orang kata macam nak dapat anak. hahahaha. tak ada kena mengena nak dapat anak saudara adalah! yahooo! alhamdulillah semoga Allah mengurniakan apa yang terbaik untuk kak along dan along saya. kurnian Allah semoga kalian mengucapkan syukur ke hadrat illahi semoga mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. barakallah!

sambung... hari ini bertarikh 7/1/2013

hari tu akhir bulan 12 tahun 2013 tapi hari ni baru ana nak sambung menaip. hari semalam ahad 6/1/2013 ana menemani along dan kak long saya di rumah nenenda tercinta, Sakdiah bt Puteh merangkap nenek saya yang masih ada alhamdulillah semoga nenek ana dipanjangkan umurnya dan Allah merahmati beliau.

teman along dan kak long sebab mahu tengok nur ain mardhiah bt muhammad khairol merangkap sepupu ana yang THE LATEST ONE sees the world. serius! dapat cium ain. hmm... ain kecil tapi bila ain keluar lihat dunia ain sebenarnya dah dapat 'title' ibu saudara sepupu. sebab mak along hamidah dah dapat cucu. jadinya... ain pangkatnya lebih cepat dapat gelaran. bertuah ain nih. semoga ain menjadi anak yang baik dan solehah. menjadi kakak kepada adik-adik yang bakal melihat dunia juga. amiiin. <3 p="p">
cium ain.
ana cium bau syurga.
wangi.
bukan wangi biasa-biasa.
tapi wangi bayi baru lahir.
sejuk suam.
masam hehe
bau yang menyenangkan bak kata kak long ana! (tahulah nak dapat juga)
hmm...
termimpi-mimpi bau bayi
sukanya!
alhamdulillah kadang-kala apa yang kita suka Allah makbulkan cepat kadang-kala lambat sebab Allah mahu uji kesabaran kita menunggunya. rezweki itu ada dimana-mana. daripada ikatan cinta itu yang diredhai Allah melahirkan zuriat yang mampu menewaskan ego kita iaitu seorang hamba Allah bernama bayi...

kak long dan along. adik tunggu mr umar mukhtar. semoga dia jadi anak yang soleh dan taat pada kalian dan Allah. menjadi anak yang sentiasa merinduiNya. barakallah!