HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Wednesday, May 22, 2013

Rumah Pertamaku Di Dunia.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Semoga hari-hari kita dilindungi dan berada di bawah rahmatNya, insya Allah. kerana aku tahu, adakah hari esok Allah masih menghidupkan aku atau sebaliknya. ini rahsia besarNya.

bercakap tentang rumah pertama aku kat dunia. seriously, membuatkan diri ini sebak. aku jarang betul fikir benda alah ni. jyeah, masakan aku ni sememangnya seorg anak yg degil. degil yang orang kata jarang dilihat org. lagipun aku seorg saja permpuan dalam kalangan adik-beradik aku.

aku ada satu 'penyakit' yang susah untuk aku tepis. ya. sukar untuk aku tepis padahal 'penyakit' tu berpunca dari diri aku sendiri. setiap hari ummi bising dekat rumah. memikirkan keadaan aku yg macam tak endahkan kehidupan seharian. asyik-asyik benda yg sama terjadi pada pagi hari. aku dah cuba, tapi iman aku tersangat lemah seperti senipis kulit bawang. entah, aku rasa lebih nipis rasanya.

semalam. ya. malam tadi.

aku urutkan sedikit perut ummi aku. urut bahagian peranakannya. ummi kata macam dah jatuh peranakan ni. ummi ada kata doktor suruh buang. ini rumah aku yang pertama.

rumah pertamaku bakal dibuang ke? tapi ummi aku sendiri kata, sepatutnya pada bulan 6 tahun 2012 dan kena buat appointment. cuma duit tak ada. ya. aku faham perasaan ummi. khidupan aku sekeluarga tidak sekaya orang lain. khidupan aku sekadar bersederhana. kerana kami diparas yang mampu. ya. kami tidak kaya atau miskin tetapi kami keluarga yang mampu.

aku tak tahu apa lagi. sambil urut tu aku usap sikit-sikit. dalam hati bnyk kali ckp 'ini tempat aku dibesarkan untuk pertama kali' mata macam dah nak berair tapi aku mana suka menangis depan orang. aku paling tak boleh nangis depan orang. sendiri-sendiri. haha =')

ummi. adik bukan seorang yang bagus dan baik. adik faham ummi mahukan apa. jadi anak yg solehah dan rajin. cuma masanya belum tiba. orang sendiri tak tahu kenapa dengan diri ni. susah sangat. tengok orang lain senang saja 'penyakit' tu dilupuskan. aku bukan orang lain. aku adalah aku.

aku tak tahu bila aku akan mati.

aku tak tahu bila masanya Allah jemput aku ke sana.

selalu sangat teringat Rasulullah.

...................

kadang-kadang. orang tengok aku macam happy sangat. taklah aku bukan jenis macam tu. lagi-lagi dengan sahabat kaum adam. aku tak suka berbual bicara dgn mereka face to face kecuali ada hal mustahak. tapi dengan sahabat kauim hawa, aku jadi lain. bukan selalu tapi kadang-kadang. maaflah sahabat-sahabat.

ini baru diari online. belum lihat diari buku serta diari hati. rasanya macam dah berlapuk sangat. lapuk dek kerana bukan lama tapi selalu sangat digunakan. hanya orang yang faham akan faham maksud ni. sebab aku mana pandai luahkan pun. dulu pandai luahkan, sekarang aku ada tempat yang tetap. tunggu masa bila aku dijemput oleh Sang Kekasih.

suatu hari nanti, aku tidak tahu terjadi atau tak. mungkin jikalau nyawa ni sampai sehingga ke perkahwinan aku sehingga bercucu. diari semula jadi aku menjadi dua secara automatik. DIA dan bakal suami aku. itu pun nak cari seorang lelaki yang baik pada hari ini, begitu sukar. ya. sukar. dan tambah-tambah lagi aku bukan seorang yang mudah bergaul.

tapi kat facebook aku main taram je. sebab bukan face to face. ye tak?

hehehe. tapi tak adalah sampai lebih overnya. sekadar berbasa-basi. aku tak tahu nak luahkanlah perasaan ni pada sesiapa pun kecuali mood aku nak luahkan pada tahap kemuncak, barulah aku cari orang. sekurang-kurangnya beban dibahu yang berat memikul berkurang sikit. sikit.

ummi. adik bukan sesiapa. adik kalau nak luahkan bukan pada khalayak ramai adik fikir dulu. adik suka berkata seorang diri. pujuk pun sendiri. sebab adik tahu Allah adalah segala-galanya. ummi tunggu orang berubah ya, sabar. sedikit demi sedikit sebab orang nak jadi diri sendiri.

waalaikumussalam wbt



seriously... my tears drop.... very fast.....