HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Tuesday, August 6, 2013

Proses Tarbiyah Diri Sendiri

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

Assalamualaikum wbt
Sedingin pagi haruman mewangi
Selangkah harapan membawa diri
Demi mencari kehidupan bahagia hakiki
Selama mana semuanya dari Ilahi


Melangkah diri ke pusat belajar yang baru, ni bukan benda baru dan asing utk ak. Kehidupan yang sebegini sebenarnya bukan menjarakkan diri aku dengan Allah malah mendekatkan diri aku kepada Allah tapi aku sendiri kadang-kala alpa. Lupa nak ingat Allah. Lupa untuk zikrullah kerana ketika aku gembira aku terlupa akan kain kafan, cara bagaimana aku akan mati, di mana aku akan mati, adakah aku anak derhaka kepada ibu bapa dan hamba yang derhaka kepada Ilahi? , sudah baikkah aku dengan orang yang berada disekeliling aku. Banyak dan timbul persoalan yang aku kadang-kala lupa tika aku melayan dunia. Ya. Aku amat mentah dalam soal pembangunan jiwa dan insaniah diri sendiri.


Aku mudah alpa.

Tapi apa yang aku tahu, Allah tidak suka hamba-hambaNya mencampuradukkan kebaikan dan kemungkaran. Nauzubillah. Proses tarbiyah kali ini adalah sedaya upaya menjaga ikhtilat agar tidak lepas dari perbatasan. Dan aku sedang cuba untuk menegur sahabta-sahabat aku agar tidak melebih-lebih dalam berjenaka kerana aku tahu, 'mereka bukan macam aku dari sekolah yang ada sisipan agama', bukan bermakna pelajar sekolah agama berlagak alim tapi pelajar sekolah bukan aliran agama jangan ambil remeh tentang agamamu sayang...

Aku ingin menjadi seorang yang berpewatakan lembut.

Aku tahu aku kasar. Dan orang pun dah tahu aku ni seorang yang ganas. Nama Jannah tapi also known as John or Johnny. Aku tidak kisah malah aku lebih menyenangi. Ada juga orang menegur aku nama dah sedap tapi jadi tiada maksud. Kelakar. Aku terima dengan berlapang dada teguran tersebut. Terima kasih kepada yang menegur. :) Apa yang aku inginkan adalah persahabatan ukhuwah tidak kira siapa aku bersahabat. Walaupun sahabat-sahabat aku disini 'gila2' tapi tak adalah tahap yang karma. Sebab aku pun kadang-kadang gila. Aku ingin diri ini disenangi dan aku ingin mereka disenangi oleh aku. Itu sebabnya aku ingin proses tarbiyah diri sendiri tanpa ada pamitan yang menghalang jiwa dari terus terhanyut. Dengan menegur, aku perlu mendekati mereka dahulu, dekati mereka dengan persahabatan yang indah. 

Untung orang yang dapat bersahabat dengan sahabat yang apabila kita lihat dia, kita teringat akan DIA.

Insya Allah, setiap sahabat itu aku lihat mereka diciptakan oleh Ilahi. Ini juga suatu zikrullah. Mengingati Allah tidak kira dalam apa jua bentuk semulajadi. Dalam masa juga, kita boleh juga lihat langsir, kerusi, laptop dan sebagainya yang dicipta oleh manusia. Faham maksudnya? Siapa yang menciptakan manusia...? Allahkan. Allah cipta manusia, manusia mencipta barangan, tanpa ilmu dan akal yang Allah beri, manusia tidak dapat melakukan sesuatu. Betapa indah kekuasaan Tuhan. Mana-mana sahaja kita berada kita boleh mengingatiNya tanpa had. Apa yang penting, kaitkan dengan penghujung penciptaan iaitu Allah subhanallahta'ala. Tiada yang lebih besar dan hebat daripadaNya. Hanya DIA yang selayaknya didambakan. 

Tiada DIA, tiadalah kita
Susah senang itu dugaan
Jangan mudah putus asa
Untuk elak diri dari kealpaan.

Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu datang dari diri yang hina ini. 
Sekian salam sayang dari diri ini. 
Salam Ramadhan dan salam Eidulfitri. 
Mari berselawat. 

Sunday, August 4, 2013

Menanti Waktu Ini. FIGHTING !

Assalam. Letak gambar je. Ada maksud tersirat.


Maksud? Dalam hati ada jawapan... sasaran. Yang penting UIA memang awal2 tak dapat. T___T redha.