HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Monday, October 14, 2013

Aku Bukan Yang Kau Sangka

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

Copy and Paste dari Facebook Tudung Labuh Litup

Aku ber Tudung Labuh Litup bukan kerana aku ingin digelar ustazah
Apatah lagi digelar solehah..aku juga seringkali melupakan Dia Rabbul Izzati.. aku juga seringkali lewat solat fardhu..aku juga seringkali berasa tidak bersyukur dengan nikmat Ilahi..

Aku masih lagi mencari jalan yang sebenar2nya mnuju keredhaan Ilahi..jika bertudung labuh itu memang boleh menahanku dari rasa malu dan bertabarruj(berhias2)..maka aku pilih itu..biarlah aku tidak dipandang cantik,tapi aku ingin sekali menjadi sebutan penghuni langit sebagaimana saidatina Fatimah R.A, ketua bidadari di syurga..

Aku tahu pandangan mereka tentang diriku..alim,warak,tahu semua ilmu agama..tidak saudaraku..kerana aku jahillah aku masih mengejar dan mencari ilmu..kerana aku tidak sebaik yang kamu sangkakan maka aku memilih menahan diri dari nafsu dengan ber Tudung Labuh Litup..aku hanya wanita biasa yang inginkan keselamatan maruah dan lebih terjaga dari gangguan ajnabi..aku memilih untuk menjadi wanita yang tidak memandang dan tidak pula dipandang..biarlah aku kekal begini..

Janganlah memandang aku dengan pandangan yang terlalu tinggi untukku..sungguh aku sangat takut dipandang mulia,sedangkan diriku hamba yang hina..jangan pula ada yang memandang kerana aku ingin riak dan menunjuk2 bahawa akulah wanita solehah..sesungguhnya kesolehan itu bukan nilaian kita..itu hak Allah..

Aku akan tetap begini..mudah-mudahan pakaianku ini menjadi inspirasi wanita di luar sana untuk mula berhijrah ke jalan yang lebih mulia disisiNya..tinggalkan pakaian seksi kamu, kerana seksa mata yang memandang,seksa lagi azab Allah..!!

Ingatanku buat kamu wanita..hiasilah dirimu dengan pakaian taqwa..tidak ketat, labuh melepasi punggung, tudung menutupi dada,memakai stokin dan sarung lengan..alang2 kamu wanita biarlah sempurna dengan tuntutan syara'nya kerana sabda nabi..wanita adalah penghuni teramai di dalam neraka...ingatlah saudariku..kita kini berada di ambang pengakhiran..hidup ini tidak kekal selamanya..apakah persediaan kita..? Baju masih mengikut bentuk badan,seluar pula masih ketat membentuk pinggul dan peha..adakala bertudung dan bila bertudung tidak pula menutupi dada apatah lagi stokin dan sarung lengan..terlalu banyak khilafnya..perbetulkanlah apa yang salah..berusahalsh melawan nafsumu itu sebagaimana aku cuba lakukan..kamu pasti boleh..

BERHIJRAHLAH LILLAHITAA'LA..kerana mati tidak menunggu kita



Saturday, October 5, 2013

Pada Awan Biru Itu Ku Lakar Cerita

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

Tengah dengar lagu Cerita Hati (Hafiz Hamidun) dah dengar sekali, ulang sekali lagi, dah dengar ulang lagi, hah itulah perangai jannah, tak cukup sekali nak lebih-lebih pula. Aku bila dah dengar satu LIRIK lagu tu, bait-baitnya yang bermakna, Insya-Allah aku pasti mahu tahu isi kandungan disebalik cerita lagu ni. Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi... :)

Saat menaip diblog ini, waktu pagi dekat matrikulasi ni hari ini tersangatlah nyaman. Subhanallah, Maha Suci Allah sesungguhNya. KMJ ni dikelilingi gunung dengan ladang kelapa sawit, walaupun jauh sedikit dari pekan Tangkak, tapi dekat sini kelebihannya adalah pagi yang sungguh segar. sejuk. damaikan hati. tenang. yang tenang ni paling aku suka. entah, kurniaan Illahi, tiada tandingan. 

Pada awan biru, ku lakar sebuah cerita, macam-macam aku nak cerita pada orang, walaupun namanya hanya matrikulasi tapi inilah saatnya aku di sini tapi ada satu kelemahan yang aku sendiri tak pasti. Iaitu...aku tak berapa pandai nak bercerita pada orang padahal aku tahu diri aku ni tersangatlah kecoh. Tunggu aku ada moodlah baru aku akan bercerita. Inilah Jannah Yassin, ada sesiapa kenal perangai teruk dia ni? 

Rindu. Bila rindu dah sampai, buat perangai.. aku rindu sekolah. rindu suasana asrama. rindu sahabat-sahabat. entah...apa yang penting aku sangat rindu pada yang berkenaan sahaja. yang lain tak, macam kat sekolah aku rindu kawan-kawan, belajar taklah.... hehehe. gurau je. hmm... dalam hati ni macam-macam cerita aku nak sampaikan tapi nampak gayanya tak keluar dari mulut ni juga biar tepu dalam hati, sebab aku pun mana sangat berminat nak bercerita pada orang tentang masalah sendiri... tapi aku sangat suka mendengar masalah orang, mana tahu aku boleh tolong dengan pertolongan dari Illahi. Aku lebih suka mendengar daripada memberi dengar orang tentang masalah kita, sebab aku tahu, Allah ada. Asal aku rindu pada seseorang je, tahu apa aku nak buat, doa adalah senjata rindu paling HEBAT untuk aku. Aku tahu Allah SELALU dengar DOA hamba-hambaNya. rugi sesiapa yang melepaskan peluang ni, kadang-kadang aku bertahan kalau rindu seseorang sampaikan duduk termenung. hehehe. manfaatkan senjata paling hebat ni tau...DOA adalah segala-galanya. Allah ada, no hal  :D tapi orang mesti ada kata, ''habis kata rindu, tulis kat blog jugak..." manusia ada pilihankan, nak sharelah ni kat blog. haha...

mood = riang, gembira 

bila tiba waktu cuti je, waktu-waktu macam ni, asrama kat KMJ ni senyap je pada waktu pagi, faham-faham jelah. padahal banyak nikmat yang Allah kurniakan pada pagi ni. burung pun tahu nak keluar dari sarang cari makanan... kadang-kadang aku ada rasa sangat cemburu pada diri sendiri kenapa aku sukar nak jadi orang yang rajin... jawapannya senang je, sebab aku ni malas. hmm... tu yang aku tengok pelajar-pelajar Cina, sangatlah hebat, mereka sangat hebat dan rajin...ada juga yang genius... hmm... 

tak nak taip banyak-banyak... cukup hari ni je... bila tertaip pasal belajar ni baru teringat nak study buat revision. PSPM tersangatlah dekat. hehe... :) 

ok lah itu je....

cerita ni macam tergantungkan...tiba-tiba je nak berhenti menaip, tak syok betullah. :)

ok lah. salam sayang dari Jannah Yassin.

assalamualaikum.... :D