HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Saturday, October 5, 2013

Pada Awan Biru Itu Ku Lakar Cerita

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

Tengah dengar lagu Cerita Hati (Hafiz Hamidun) dah dengar sekali, ulang sekali lagi, dah dengar ulang lagi, hah itulah perangai jannah, tak cukup sekali nak lebih-lebih pula. Aku bila dah dengar satu LIRIK lagu tu, bait-baitnya yang bermakna, Insya-Allah aku pasti mahu tahu isi kandungan disebalik cerita lagu ni. Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi... :)

Saat menaip diblog ini, waktu pagi dekat matrikulasi ni hari ini tersangatlah nyaman. Subhanallah, Maha Suci Allah sesungguhNya. KMJ ni dikelilingi gunung dengan ladang kelapa sawit, walaupun jauh sedikit dari pekan Tangkak, tapi dekat sini kelebihannya adalah pagi yang sungguh segar. sejuk. damaikan hati. tenang. yang tenang ni paling aku suka. entah, kurniaan Illahi, tiada tandingan. 

Pada awan biru, ku lakar sebuah cerita, macam-macam aku nak cerita pada orang, walaupun namanya hanya matrikulasi tapi inilah saatnya aku di sini tapi ada satu kelemahan yang aku sendiri tak pasti. Iaitu...aku tak berapa pandai nak bercerita pada orang padahal aku tahu diri aku ni tersangatlah kecoh. Tunggu aku ada moodlah baru aku akan bercerita. Inilah Jannah Yassin, ada sesiapa kenal perangai teruk dia ni? 

Rindu. Bila rindu dah sampai, buat perangai.. aku rindu sekolah. rindu suasana asrama. rindu sahabat-sahabat. entah...apa yang penting aku sangat rindu pada yang berkenaan sahaja. yang lain tak, macam kat sekolah aku rindu kawan-kawan, belajar taklah.... hehehe. gurau je. hmm... dalam hati ni macam-macam cerita aku nak sampaikan tapi nampak gayanya tak keluar dari mulut ni juga biar tepu dalam hati, sebab aku pun mana sangat berminat nak bercerita pada orang tentang masalah sendiri... tapi aku sangat suka mendengar masalah orang, mana tahu aku boleh tolong dengan pertolongan dari Illahi. Aku lebih suka mendengar daripada memberi dengar orang tentang masalah kita, sebab aku tahu, Allah ada. Asal aku rindu pada seseorang je, tahu apa aku nak buat, doa adalah senjata rindu paling HEBAT untuk aku. Aku tahu Allah SELALU dengar DOA hamba-hambaNya. rugi sesiapa yang melepaskan peluang ni, kadang-kadang aku bertahan kalau rindu seseorang sampaikan duduk termenung. hehehe. manfaatkan senjata paling hebat ni tau...DOA adalah segala-galanya. Allah ada, no hal  :D tapi orang mesti ada kata, ''habis kata rindu, tulis kat blog jugak..." manusia ada pilihankan, nak sharelah ni kat blog. haha...

mood = riang, gembira 

bila tiba waktu cuti je, waktu-waktu macam ni, asrama kat KMJ ni senyap je pada waktu pagi, faham-faham jelah. padahal banyak nikmat yang Allah kurniakan pada pagi ni. burung pun tahu nak keluar dari sarang cari makanan... kadang-kadang aku ada rasa sangat cemburu pada diri sendiri kenapa aku sukar nak jadi orang yang rajin... jawapannya senang je, sebab aku ni malas. hmm... tu yang aku tengok pelajar-pelajar Cina, sangatlah hebat, mereka sangat hebat dan rajin...ada juga yang genius... hmm... 

tak nak taip banyak-banyak... cukup hari ni je... bila tertaip pasal belajar ni baru teringat nak study buat revision. PSPM tersangatlah dekat. hehe... :) 

ok lah itu je....

cerita ni macam tergantungkan...tiba-tiba je nak berhenti menaip, tak syok betullah. :)

ok lah. salam sayang dari Jannah Yassin.

assalamualaikum.... :D