HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Sunday, February 23, 2014

Impian

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.

Bismillah
Aku ada impian. Impian aku bukan satu. Bukan dua, bahkan bukan tiga. Malah lebih daripada satu. Orang kata impian tu umpama matlamat. Sememangnya ya dan ianya sebahagian sebuah bicara. Semuanya mengharap pada yang satu, pada Maha Khaliq sana. DIA sangat dekat denganku. Cuma kadang-kala aku terasa jauh dariNya. Padahal, DIA terlampau dekat denganku. Cuma aku yang tak kuat. Kalah pada hawa nafsu sendiri, nafsu amarah. Allahurabbi.

Dunia ini sememangnya kejam. Penjara untuk Islam. Syurga untuk manusia yang bukan menyembah Ar-Rahman. Impian Islam dan bukan Islam sememangnya jauh berbeza. Langit dan bumi. Bahkan mungkin lebih jauh daripada itu. Sungguh permainan bukan Islam sememangnya bijak. Penggunaan kaedah secara halus. Sedikit demi sedikit disalurkan tanpa rasa apa-apa. Tanpa rasa belas. Cumanya, ada rasa ingin menghancurkan UMAT MUHAMMAD. Begitu sahaja. Alangkah begitu dahsyat mereka yang tidak menyembah Allah. Apa yang mereka tahu? Bersuka ria dengan kemenangan mereka untuk merosakkan umat Islam yang kian berkembang. Barangkali umat Muhammad sudah berkembang hebat, hebat dari segi kuantiti tetapi jauh sekali untuk hebat pada kualitinya. Allahurabbi... Aku berkata sedemikian kerana aku termasuk dalam senarai kuantiti dan tidak pada kualiti. Mengenang nasib badan sendiri. Demikian betapa kerdilnya diriku ini.

Impian. Dari situ terbit satu impian. Impian menjadi insan berkualiti dimata Allah. Masih bertatih. Lembik. Masih kurang kekuatan untuk melawan nafsu diri, mudah terpengaruh hati, jauh disudut hati, mahuku terbang berlari menjauhkan diri dari anasir-anasir yang merosakkan qalbunku. Duhai hati, impian aku yang utama adalah menjaga hati. Hati seketul daging. Dalam diri manusia sepertiku.

Aku ingin gilapnya. Walaupun tampak dekat pada hakikatnya tanganku tidak mampu menggapainya. Aduh, begitu jauh didasar hati. Aku mencari ubatnya untuk dibersih dicuci diberi penenang rindu tetapi semuanya aku masih lemah untuk mencapainya. Ya Muhaimin, masih adakah ruang untukku gilap hati ini?

Hatiku kotor. Busuk. Barangkali aku terfikir diriku ini sebenarnya nifaq. Astaghfirullah. Tapi apa yang aku tahu aku adalah hambaNya yang zalim, sombong, durhaka padaNya, lalai, alpa, .... Allah Allah Allah

Aku mahu menjadi popular dalam kalangan penduduk langit sana tapi apakan daya kudrat imanku masih lemah. Peratusan yang tidak tinggi hanya mengangankan keindahan yang tak mungkin atau tidak pasti ku capai. Jauh. Jauh sama sekali. Allah Allah Allah...

Impian. Menjadi insan yang berkualiti. Menjadi penghafaz al-QuranMu yang suci, masih jauh. Tersangat jauh. Ya Jabbar, izinkan aku bertamu menjadi tetamuMu yang solehah. Aku ingin menjadi seperti itu. Itu salah satu impianku...

Ya Allah, jadikanlah aku sebahagian hamba yang taat kepada kedua ibu bapa. Tidak melupakan mereka sesudah kematian mereka. Aku inginkan alam seterus mereka terang benderang. Luas untuk kamar mereka sementara menunggu hari kebangkitan. Ya Razzaq, aku tidak layak ke syurgaMu namun aku gusar dan takut untuk ke nerakaMu Ya Aziz. Segala cerita yang Engkau ceritakan dalam KalamMu terlalu banyak peringatan yng kadang-kala aku alpa untuk ketahuinya, lambat. Ya Awwal Ya Akhir... aku menjadi insan yang berilmu. Jangan matikan hatiku Ya Rahim... sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Tiada tempat untuk aku sembah melainkan kepadaMu Ya Rabbi Tuhanku yang satu. ALLAH azzawajalla.

Allah Allah Allah...

Bimbingilah aku ke arah jalanMu yang satu. Jalan mustaqim. Jalan yang lurus.

Ya Tuhanku, salurkan cintaku pada yang berhak menerimanya. Aku menerimanya dengan cara yang jaid jiddan. Letakkan rasa cintaku pada yang betul. Sesungguhnya aku ingin bercinta sehingga ke syurgaMu Ya Malik. Bercinta dengan hamba yang mencintaiMu lebih daripada segala-galanya.

Ya Waliy, tetapkanlah rasa teguh yang tinggi untukku mencintaiMu. Aku perlukan kekuatan. Sesungguhnya kekuatan itu datang dariMu Ya Wahab. Sungguh aku teringin untuk mencintaiMu. CINTA HAKIKI yang tiada tolok banding. Allahuakbar....

Sesungguhnya aku ingin melahirkan zuriat keturunan yang berpegang teguh pada yang satu, padaMu yang berkuasa mengatur merancang pergerakan alam ini Ya Muntaqim.

Ya Khaliq, segalanya apa yang terjadi bermula daripada hati.

Bantulah hambaMu yang hina ini bantulah saudara seagamaku yang jauh dimataku... Saudara yang diperangi oleh musuh kejam yang berhati perut.

Ya Zaljalaliwalikram...

Amiiin Ya Allah.

Salam sayang,
Jannah Yassin
2:07 pagi
23 Februari 2014

Fa'tabiru.
Segalanya bermula dari hati.