HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Friday, May 29, 2015

Permulaan Kisah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.


Bismillah. Assalamualaikum wbt. Lama hamba tak menjengah blog ni. Menyepi sejak sekian lama. Kohkohkoh. Hari tu bukak pun sekadar nak delete post-post yang mengarut. Yelah sejak dah bertambah kesedaran ni, alhamdulillah, aktiviti yang tak sepatutnya aku dah bijak atur sama ada perlu ke tak perlu. Semua tu urusan tak penting tapi dolu-dolu je aku sangat fokus sehingga aku boleh jadi stressssss... aiwaaaa....!

Pagi ni, hati ni macam rajin untuk menaip dan menulis. Allahurabbi. Rindu betul nak berkarya. Ingat lagi pada zaman sekolah rendah, nak dekat UPSR, rajin betul buat novel grafik (komik la ni nama poyonya) sumpah best dan seronok. Anime tu jangan citerlah memang layan, masa cuti hari tu, belek-belek album lama personal aku yang macam cikai tu, bukak ada gambar Naruto Sasuke yang aku print dulu. Haha moment betul. Kalau nak tahu, aku peminat sejati UCHIHA SASUKE .. kohkohkoh. Memang banyak gambar sasuke aku lukis. Ada lagi dalam album tu. Ah biarlah jadi kenangan. kanak-kanak kot waktu tu. Dan my best friend kat sekolah rendah tu Ally (apa citer dia sekarang ye sebab lost contact) dia lah pakar pembeli majalah Gempak dan Starz. huhuhu jujurlah dulu memang dah terdedah dengan benda-benda. laghaaaa... hehe...  gambar yang dia lukis anime Bleach masih ada lagi dalam album tu. Smart. Kemas. Suka cara lukisan dia. Mantap. Serius best. Haha... tibatiba teringat masa sebelum UPSR lagi berbual dengan cikgu Matematik, cikgu Zuraini..bukan cakap pasal math tapi DETECTIVE CONAN. alamak cikgu anak 3 ni memang power ! haha naik sekolah menengah dah tak banyak dah lukis-lukis ni. aku lebih banyak buat karangan tak bermarkah. novel sendiri. dan tabiat aku dulu suka baca. seriusly minat membaca novel tapi tu la... bila dah ada kesedaran, benda tu sendiri secara natural hilang... tapi sekarang tetap baca buku tapi lebih berilmiah.... semua ni...disebabkan ...kesedaran.......

Kesedaran...

Permulaan kisah. Haha. Kisah ni aku takkan dapat dekat mana-mana. Kisah ni kisah gua beb! Cewwah.

Jujurlah dulu. Waktu belajar aku tak jumpa apa yang aku nak. Dan sekarang alhamdulillah Allah memberi apa yang aku mahu. Bukan mudah dan bukan senang. Hanya manusia yang terpilih sahaja yang berjaya menjumpainya. Semua disebabkan tapisan daripada Allah kepada hamba-hambaNya. Dan aku adalah antara manusia yang terpilih untuk memilih jalan yang bahagia ke syurgaNya. Walaupun jalan yang aku pilih ni bukan jalan yang dibentang karpet merah tapi sekurang-kurangnya aku masih berpijak di atas tanah yang mana pemiliknya adalah Rabbul Izzati.

Dalam perjalanan ni, rupanya aku tak keseorangan. Aku bukan sendirian. Aku bukan tunggul. Tapi aku punyai sahabat-sahabat yang rindukan Tuhan mereka. Sahabat-sahabat yang mempunyai ikatan akidah sesama Muslim. Sahabat-sahabat yang saling mengingati untuk terus berada di jalanNya. Sahabat-sahabat yang banyak memberi teguran, walaupun sentap tapi dengan kesentapan itulah mungkin cara teguran yang hikmah dan sesuai untuk aku kembali kepada Ar-Rahman. Haha. Moment yang indah.



Daripada sahabat-sahabat aku jugak, seriously aku cakap banyak benda yang aku belajar. Belajar mengenal diri dan memperbaiki kelemahan diri. Sungguh, hidayah tu milik Allah. Genggam hidayah tu bukan dengan genggaman biasa tetapi genggaman luar biasa hendaknya. Dan yang paling aku suka perubahan pada diri aku adalah dari segi hati, mental dan pemahaman. Kalau fizikal hmm memang tak lah apa yang ada perubahan padanya. kohkohkoh. Kalau dulu rasa tekanan sikit, meraungnya bukan perlahan nangis sikit2 tapi ni nangis sampai parents sanggup datang ke tempat belajar semata-mata nak pujuk kita. Tak ke gila namanya tu? Haha aku pun dulu fikir aku ni waras ke tidak sebenarnya. Tapi ternyata salah...aku banyak buat silap. Aku terlalu ikut kata hati dan perasaan. Beremosi macam hantu langsuir mengamuk pun ya... macam Hulk pun bolehlah. tapi jujurlah, mudah tertekan, sensitif tahap dewa, mental (mudah kena psiko). Apa-apa je lahh...tapi jujur aku kata, ada sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang Allah, banyak membantu kita meningkatkan ibadah, iman, dan jiwa supaya tak goyah. Bukan mudah kita jumpa sahabat begini.


Permulaan kisah ni rupanya indah perancangan Allah. Seorang demi seorang sahabat aku kenal. Mula dengan A then B then C and so on sampai Z. Orang tu aku tak kenal orang ni aku tak kenal. Tapi akhirnya kami menjadi sebuah keluarga yang aku sendiri tak terfikir akan benda sebegini. Haha. Masakan Allah tak sayang kita? Apa yang kita minta tak semestinya bahagia dari sudut kekayaan atau kemewahan tapi sebenarnya kebahagiaan, ketenangan hati dan jiwa, dan meletakkan Allah sebagai pemenuh keyakinan. Jujurlah kalau cakap kadang memang ada masanya kita beremosi dan bermasalah hati tapi itu ujian Allah beri, nak wat gane? Positif dan selalu fikir, Allah nak main-main dengan kita sebab Allah sayang kita, kita sakit Allah uji sebab Allah sayang, uji hati dan perasaan sebab Allah sayang, banyak cara ujian yang Allah beri, bahkan kreatif dan menarik. Ingati semula surah ad-Dzariyat ayat 56 yaa budak-budak



Ahaa..pagi ni juga. Baca satu artikel ni. Sebelum ni sahabat ada post dan aku pon dah baca, tapi hari ni aku membaca dalam keadaan aku sedang menerima dan menghadapi masalah tersebut. Allahuakbar. Hati ni adakalanya bermasalah tapi dengan hatilah aku kena kehadapan untuk membangunkan Islam. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri? Islam tak perlukan kita tapi kita perlukan Islam untuk bangunkan Islam. Diberi amanah bukan suatu yang mudah. Aku kena menerima walaupun hati kuat untuk menolak sebab aku tak biasa tapi aku kena ambil juga. Siapa lagi yang mahu meneruskan rantai perjuangan? Aku renung dan ingati serta memahami kembali surah al-Baqarah ayat 216. Benda baik tu tak semestinya tak baik untuk aku, benda buruk tu tak semestinya buruk untuk aku, Allah Maha Mengetahui. Dan ayat "la yukailifullahu nafsan illa wus aha" Allah takkan membebani seseorang melainkan kesanggupannya. Fuhh ayat ni berbisa positif. Subhanallah masya Allah. Tapi aku sedar dan aku ingat, bahasawanya aku ada sahabat-sahabat sebagai tulang belakang untuk aku maju ke hadapan. Aku diberi amanah bukan saja-saja atau sekadar ingin mendapat habuan dunia, tidak, fahamilah erti amanah sedalam-dalamnya, kau akan tahu. Sebagaimana sebiji batu sederhana besar kau pikul ke hulu ke hilir sebegitulah amanah kau bawa ke hulu ke hilir dengan penatnya yang bagaimana entah.... kemudian fikirkanlah soal syurga dan neraka makanya kau akan lebih menjaga dan bertanggungjawab terhadap amanah. Alhamdulillah, aku terima amanah tu. Setiap yang baru untuk dimulakan memang pahit tapi akan manis dihujung. Allah nak latih aku supaya bijak berorganisasi ya nanti. Dah lama tak pegang apa-apa. Terbiyyah untuk diri sendiri. Dalam menjalankan tugas BENDA yang PALING aku kena jaga adalah HATI. #itudiaaaa



Infiru khifafan wa siqalan. Surah at-Taubah ayat 41. Bangkitlah kamu sama ada dalam keadaan ringan ataupun berat.



Ayat ni. Ayat cinta. Ayat kekasih. Ayat rindu. Untuk manusia seperti aku. Penyuntik vitamin roh disaat aku rasa tak kuat. Rasa ingin mengundur diri. Rasa mahu melarikan diri. Tapi itulah ayat yang membuatkan aku merasai roh aku kembali aktif sebab ayat ini mengajak aku untuk terus bergerak nak ke Jannah Allah. #roadtofirdausi dan aku mengutip kata-kata manusia, mujahadah itu pahit sangatt yang amat sebab syurga ALLAH MANISSSS yang amat !!! Sebab hidup aku dan sahabat bukan dibentang dengan karpet merah, biru, hijau, kelabu, hitam  or pelangi..... tapi hidup ni di penuhi dengan duri yang banyak merosakkan si pejalan kaki semata-mata ingin bertemu Allah dan RasulNya di syurga abadi.

Ok la tu je.
Yang baca, doakan aku supaya impian aku tercapai. Nak jadi writer. Penulis dakwah profesional. Haha. Jika diberi kesempatan oleh Allah taala. Kejar cita-cita untuk akhirat sebab aku nak ladang akhirat kat dunia ni besarrrrrr !!!!

Aiwaa
Assalamualaikum wbt
8:16 pagi Jumaat
29 Mei 2015

Kejap lagi nak siapkan presentation punya nota. Presentation akhir.
#rinduummiabah
#okbhai