HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Wednesday, June 17, 2015

Cerpen : Ukhuwah Mahabbah – Part 1

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.



Ukhuwah Mahabbah – Part 1

Kusut. Itu jawapannya untuk diri aku sekarang. Aku tak nampak apa-apa cahaya buat masa sekarang. Aku rasa kosong yang teramat. Hilang arah tapi kenapa aku je yang macam ni. Orang lain okay sahaja tapi aku seorang saja yang begini. Kenapa? Dan persoalan aku menuju kepada yang satu, kenapa ya Allah?

“Kau okay ke Sumayyah?”. Amirah mendekati aku dari belakang. Amirah, gadis yang baru aku kenali di matrik. Kami tak sebilik tapi sejiran saja.

“Hah? Hah.. aku okay”. Aku terkejut kejap. Aku tengok cara Amirah berpakaian. Kalau letak dalam ranking gadis paling ayu, solehah, stock sopan memang Amirah nombor satu aku letak. Aku? Harap je tudung labuh tapi perangai macam bukan orang pakai tudung labuh.

“Alaa, tipulah kalau kau kata okay. Nampak sangat nak temberang dengan guwaa bro!” Amirah dia pandai pancing hati sahabat-sahabatnya. Amirah tahu aku ni hipster sikit. Kadang tak main ayat kau aku, saya awak, lagilah nak guna ana wa enti, uweekkkk! Cumanya kadang aku guna guwa lu bro dan paling skema bagi kau aku tu lah! Betapa ‘sopan’nya aku.

“Macam mana triangle kau tu?”.

“Apa yang triangle tu?” aku blur. Triangle apa pulak dah.

“Kau kan ada ‘anak’ dua orang je, kalau berkumpul termasuk kau jadilah tiga orang. Kalau buat bulatan tak jadi pun bulatan atau circle”. Amirah menyambung “Kalau buat bulat pun tetap tiga segi jugak ke aku salah?”.

“Oh…oh…ok aku lampi (lambat pick up)” kepala aku pun bergerak, mengangguk-ngangguk.

“Bagus, memahami. Punch line aku sampai.” Amirah tunjuk ibu jari. Good. Amirah turun tangan. Dia pandang aku lagi. Aku tak rimas pun dengan dia. Ada dia lagi aku suka. Aku pun tak tahu minyak pengasih apa dia guna. Haha.

“Aku tak ada apa-apa masalah pun. It’s okay lah bro.” Aku tumbuk bahu Amirah. Cover. Aku cuba sembunyikan tapi Amirah ni bagus dia bab-bab kaunseling ni hebat. Entah dari mana dia belajar. Spesies pakej lengkap, semua ada semua tahu.

“Tak payah nak cover sangat Sumayyah. Orang hebat macam kau takkan macam ni kot.” Amirah cuba memasukkan benang. Dia nak menangkan hati aku.

“Jangan nak lebih-lebih eh. Kan kau sendiri cakap kalau puji jangan nak over melangit, lagi baik kau baling batu kat orang yang kau nak puji lagi bagus.” Aku ingat apa yang Amirah cakap. Melekat dalam minda.

“Hehe, baguslah kau ni. Sahabat yang baik sebab aku lupa, kau yang ingatkan aku. Tapi aku saja kata kau hebat sebab nak test market je kau perasan ke tak.” Amirah berseloroh. Aku mencebik. Cebik-cebik sayanglah. Dengan Amirah aku tak boleh nak marah atau merajuk. Nanti kena tumbuk. Garang jugak Amirah sebenarnya. Banyak dah taaruf tentang dia tapi bukan semua aku dapat tahu latar belakang dan masalah dia.

“Ala Amirah, cakap orang kau lagi bagus dari aku. Ada ‘anak’ sampai berpuluh-puluh.”

“Eh, cakap tu biar logik. Belas-belas je.” Amirah ketawa.

“Banyaklah tu tak macam aku Mirah.”

“Allah tak tengok seseorang tu apa yang dihasilnya tapi Allah lihat usaha hambaNya, ada paham?” Amirah ingatkan. Aku angguk. Fahamlah wahai Amirah.

“Faham makkk!”.

Amirah bangun dari kerusi batu yang kami duduk. Tertulis dibatu tersebut ‘SUMBANGAN IKHLAS IBU BAPA PELAJAR SESI 2008/2009’. Lama juga tapi tak adalah lama sangat. Amirah pusing pandang aku dan pegang tangan.

“Senyum seindah suria, yang membawa cahya, senyumlah dari hati, dunia pun berseri, senyum umpama titian dalam kehidupan, kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum!” Bait-bait lagu nasyid. Tajuknya aku tak berapa nak ingat tapi lagu ni walaupun macam kanak-kanak tapi comel! Amirah dendangkan sambil goyang-goyang badan ke kiri dan ke kanan dalam masa yang sama pegang kedua-dua belah tangan aku yang tengah duduk. Aduh macam dilayan anak raja je! Bahagia betul!

“Jom makan Sumayyah.”

“Nyanyilah lagi Mirah.”

“Tak ingat liriklah.”

“Buat-buat tak ingatlah tu.” Aku menduga. Saja.

“Haha. Penat nak nyanyi.” Amirah senyum. Senyuman dia jadi tawar. Aku faham kenapa. Tangan Amirah pantas memegang dadanya.

“Aku okay Sumayyah.” Amirah senyum. Jadi manis semula.

“Kau tak okay sekarang, duduk semula.”

“Sumayyah, aku nak balik bilik kejap.” Amirah menolak untuk makan tapi mahu ke bilik.

“Hahh okay, aku temankan.”

“Tak apa, tak apa”. Amirah menolak.

“Sumayyah… .” Amirah tiba-tiba memanggil nama aku. Bibirnya menguntum senyuman yang sangat manis dan ikhlas pada aku.

“Sumayyah, teruskan berusrah. Carilah keredhaan Allah.”

“Kenapa cakap macam tu Mirah…”

Aku merasai pipi aku dah start jadi hangat. Rasa basah tiba-tiba. Aku terduduk atas kerusi tu semula. Aku rasa tak kuat untuk pergi kepada Amirah. Kaki seolah-olah mengeras. Amirah melambai-lambai tangannya. Senyuman masih mekar seperti biasa. Sangat indah. Tak pernah ada orang yang senyum dengan aku macam tu sekali.

“Mirah…” Aku menangis tak semena-mena. Aku tak sanggup lihat Amirah pergi. Makin teruk aku menangis.

Bunyi azan berkumandang sayup-sayup.

Pukul berapa sekarang ni? Bukan ke sekarang waktu dhuha?

Mata aku celik pantas. Azan subuh! Allahu rabbuna. Aku mimpi. Aku mimpi Amirah tapi kenapa mataku berair. Ya, dalam mimpi tadi aku menangis. Tengah tidur air mata keluar.

“Awak tadi mengigau.” Khaulah tiba-tiba muncul dari luar bilik. Waktu-waktu begini Khaulah memang dah lama bangun. Barangkali dia daripada solat malam terus untuk solat subuh.

“Ya ke?” soal aku terpinga-pinga. Padahal memang pun.

“Dah. Jom solat subuh berjemaah. Hari ni awak jadi imam ya sebab suara saya perit sekarang ni. Tak larat.” Khaulah, teman sebilik di universiti. Aku angguk saja.

Sebelum aku pergi ke bilik mandi Khaulah memberitahu aku “Tadi saya kejut awak untuk qiamullail tapi mulut awak panggil Amirah. Siapa ya dia?” Khaulah bertanya. Jarang Khaulah menyoal aku tapi hari ini dia tanya. Pada waktu subuh pulak tu.

“A..hmm…”

“Okay okay awak siapkan diri untuk solat dulu, saya tunggu Su ya.” Su, panggilan nama aku oleh Khaulah. Betapa kewanitaan sungguh. Haha! Aku angguk lagi.

10 minit kemudian…

Allahu akbar.
Kalimah memuji Tuhan itu Maha Besar dimulakan.
Takbir diangkat bersama.

Indah.

Tamat Part 1.

Bersambung.