HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Friday, June 19, 2015

Cerpen : Ukhuwah Mahabbah - Part 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.



Ukhuwah Mahabbah – Part 2

Hari ini merupakan hari pertama study week untuk semester kali ini. Subjek yang aku ambil ni sebenarnya bukan subjek yang aku minat. Secara jujurnya aku tak berminat untuk belajar. Aku adalah spesies yang agak malas untuk belajar tapi itulah sejak aku berjumpa dengan sahabat-sahabat yang rindu dan cintakan penciptanya, aku jadi kuat dan bersemangat untuk belajar. Menuntut ilmu itu suatu jihad. Jihad untuk aku dan sahabat-sahabat aku yang lain. Ah Sumayyah! Ikhlaskanlah hatimu belajar bukan kerana CGPA tetapi kerana Allah Taala.

Tatkala aku mengulangkaji sejak dari dulu lagi, sahabat-sahabat aku yang lain kebanyakannya bersungguh-sungguh menelaah dan mengulangkaji sehingga ada yang sanggup stay up dan bersengkang mata pada waktu malam semata-mata hanya kejar CGPA. Sudah dapat CGPA, bertanya pula kepada orang lain ‘Kau dapat berapa?’, ‘Berapa pointer kau?’, ‘Share arr pointer bebb!’ dan macam-macam lagi. Tapi bila ditanya ‘Eh kau ingat lagi tak proses itu ini…?’ dan jawapan majoritinya yang aku terima adalah ‘Entahlah Su, aku tak ingatlah’ kemudian gelak. Kenapa gelak? Diri sendiri mereka tahu. Belajar untuk kerja pointer. Ramai anugerah dekan dan first class tapi apabila ditanya semuanya tak tahu.

“Su, Hana hafal je. Hana sekarang dah tak ingat. Hehe.”

“Entah tak ingat.”

“Nantilah fikir, malas nak ingat.”

“Hmm…kejap…hmm susahlah cara dia punya nak dapatkan kerja sebab dulu aku guna cara lain tapi haha aku dah tak ingat.”

Antara dialog yang aku dengari. Aku faham. Manusia ada sifat pelupa sebab manusia ni sendiri lemah. Aku pun dan aku akui. Daripada situ aku belajar kesilapan diri sendiri dan orang lain. Menghafal itu bagus tapi menghafal tanpa hati yang sepenuhnya jiwa dan raga takkan sama dengan orang yang menghafal secara ikhlas kerana mahukan ilmu. Lain. Sangat-sangat lain.

“SUMAYYAH!” teriak Khaulah dari tingkat bawah melalui tingkap.

“Ya Allah terkejut Su, kenapa Khaulah?” boleh luruh jantung aku dibuatnya.

“Buat apa? Mengelamun ke?” laung Khaulah lagi. Aku geleng kepala. Menafikan padahal memang jawapannya kalau diterjemahkan adalah anggukan sepatutnya aku beri. Biasalah perempuankan…

“Marilah turun tolong Khaulah bersihkan laman ni. Banyak sampah dan daun kering ni.” Beritahu Khaulah sambil tangannya menunjuk-nunjuk kawasan lapang yang dipenuhi daun-daun kering. Tidaklah sampai menutupi permukaan rumput yang nan hijau. Sebahagiannya sahaja.

“Sekarang? Ke?” hakikatnya aku malas sekarang. Aku lebih suka berfikir dan melayan perasaan.

“Kenapa Su? Sibuk ke? Tadi Su sendiri cakap dah taka da kerja nak buat sebab semua dah siap.” Bijak Khaulah ni. Aku senyum sebab dia tahu.

“Macam malas nak…” ayat tak habis Khaulah dah cantas. Ciss khaulah. Haha

“Wa la tahinu wa la tahzan!” Maksudnya dan jangan kamu lemah dan jangan kamu bersedih.

“Haha Khaulah, Su tak lemahlah sekarang…” saja aku mahu pancing Khaulah.

“Lemah sebab malaslah tu”.

‘Kan aku dah cakap, Khaulah mesti cakap macam tu. Ayat ni dah biasa keluar sehinggakan aku dah boleh tahu’ monolog Sumayyah.

“Ya, ya Su turun ni!” aku dengar Khaulah gelak dari bawah. Aduhai teman sebilik aku ni. Tak sampai 5 minit aku sudah siap. Aku terus pakai kasut sukan. Mengapa? Alang-alang menyeluk pekasam biar pekasam tu sampai ke bahu. Hoi perkataan baru ke? Rosak bahasa nanti Haha. Sudah siap membantu Khaulah aku mahu berlari-lari anak kat tepi jalan luar kawasan asrama.

“Bismillah” selesai aku mengikat tali kasut. Perkataan basmalah, aku menjadi teringat kepada Amirah. Dia rajin mengingatkan aku andai apa-apa perbuatan yang kita lakukan, hendaklah dilafazkan dengan perkataan ‘bismillah’ adalah lebih baik. Memulakan sesuatu aktiviti kerana Allah. In shaa Allah, Allah mudahkan urusan.

Aku berlari turun ke bawah.

“Su!” Khaulah memeranjatkan aku. Allahu rabbuna!

“Khaulah!! Terkejut Su tahu tak?!” aku seperti mahu marah. Aku tidak suka diterjah oleh orang lain.
“Ala main-main je.”

“Main-main pun tak boleh. Macam mana kalau orang yang diterjah tu ada lemah jantung? Ni nasib Su taka da sakit apa-apa. Kalau orang lain macam mana? Yang ada sakit? Kita tak tahu Khaulah.” Aku mengomel. Panjang lebar. Entah kekuatan apa yang aku dapat untuk bercakap panjang.

“Okay okay Khaulah minta maaf dehh”. Khaulah tunduk.

“Hmm…”.

“Takkan hmm je Su…”.

“Lepas ni jangan buat lagi. Ni dah kali kedua Khaulah buat. Kali pertama Su tak marah sebab baru kenal Khaulah, ni dah kenal perangai Khaulah, Su tegurlah ni” aku raih bahu Khaulah. Aku lebih suka keadaan begini. Kita nasihat kita rapati dia.

“Hmm. Okay Khaulah positif, marah Su tandanya sayangkan?” Khaulah ceria semula. Aku angguk. Khaulah, dia mudah merajuk dan dia mudah ceria. Indahnya taaruf.

“Su dah habis study ke?” Khaulah tiba-tiba tanya.

“Dah Alhamdulillah. Kenapa tanya lagi?” aku bertanya Khaulah. Pelik. Dah tanya tadi, tanya lagi.

“Habis tu Su buat apa dekat atas? Susah sangat nak turun bantu Khaulah, tak suka Khaulah eh?” duga Khaulah.

“Husnudzon Khaulah, Su ada kerja sikit dekat atas tu…”.

“Okay” Khaulah terima. Dia kalah. Dalam hati aku senyum melebar. Aku berfikir dekat atas tadi. Selepas baca buku Gen-Q aku berfikir hampir satu jam semata-mata untuk memikirkan masalah ummah.

Sambil aku berjalan menuju ke tempat dedaunan sampah Khaulah bertanya lagi “Kerja apa tu Su yang buatkan Su berfikir lama tu?”.

“Fikir suatu masalah”.

“Masalah? Su ada masalah ke?” duga Khaulah lagi.

“Masalah ummah Khaulah…” Khaulah angguk perlahan. Dia fahamlah tu maksudnya. Tanda gerakan badan bagi menunjukkan setuju dengan apa yang aku fikirkan.

“Ooo..boleh cerita sikit tentang masalah tu?”.

“Boleh tapi sambil kaut sampah daun keringlah ya”.

“Oh okay”.



Sambil mengaut sampah dedaunan kering. Banyak benda aku ceritakan kepada Khaulah. Khaulah dia banyak boleh menerima segala perkara. Aku kagum dengan dia. Kadang aku cemburu melihat dirinya. Sebab? Khaulah walaupun sikapnya mudah merajuk tapi dia mempunyai keyakinan diri yang benar-benar mantap. Kebergantungannya kepada Allah sangat hebat. Dan Khaulah juga suka menerima pandangan dan pendapat orang lain walaupun berbeza pandangan. Tak macam aku. Aku lebih benyak bersikap defensive. Pertahankan apa yang aku ada. Dahlah aku ni defensive, aku jenis offensive pula sebabnya suka menyerang orang yang tidak bersetuju dengan pendapat aku. Ya, aku cemburu tapi cemburu aku ini membuatkan aku kenal diri aku siapa dan membuatkan aku benyak memperbaiki kelemahan diri sendiri. Khaulah, banyak hikmah Allah beri kenapa aku duduk satu bilik dengan kamu. Padahal, aku adalah orang pertama yang memberontak untuk tidak duduk sebilik dengan kamu.

Allahu rabbuna.

Astaghfirullah.

Banyak dosa yang aku lakukan.

Duhai Allah, perbaikilah hatiku. Perbaikilah imanku.

“Su…” Khaulah tiba-tiba memanggil namaku.

“Ya, kenapa Khaulah?”.

“Su kenal Sofea Khalilahkan?” pertanyaan ini membuatkan aku tersentak. Aku terdiam. Aku angguk perlahan.

“Macam mana Khaulah kenal  Sofea” aku tanya Khaulah pula. Khaulah senyum.

“Dia kawan Khaulah di sekolah dulu” Khaulah senyum lagi. “Terima kasih kerana bantu Sofea sebab Triangle Su dulu di matrik”.

Dunia ni kecil sahaja. Segala-galanya adalah percaturan Rabbul Izzati. Aku beristighfar dalam hati dan mengucapkan hamdalah yang tak terhingga. Akhirnya…..alhamdulillah.



Tamat Part 2

Bersambung.