HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Sunday, June 21, 2015

Cerpen : Ukhuwah Mahabbah - Part 3

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.



Ukhuwah Mahabbah – Part 3

Aku duduk di bangku besi berhadapan koperasi matrik. Komik kegemaran Naruto aku pegang. Dah habis baca. Aku dengar muzik pula. Berdentum lagu Titanium oleh Madilyn Bailey dicorong earphone aku. Aku dengar berulang kali. Aku tak minat lagu Inggeris tapi ada sebahagian lagu Inggeris sahaja aku minati sebab liriknya. Liriknya memainkan peranan penting untuk aku seperti The Climb oleh Miley Cyrus. Walaupun penyanyinya bukan Islam tapi lirik lagu tu membuatkan aku bersemangat. Sebenarnya aku lebih minat muzik instrumental sebabnya kenapa? Entah. Mungkin hati memang dah tenggelam dengan nada-nada sebegitu. Itulah aku bro! Sumayyah beb siapa tak kenal guwa beb! Guwa rock gua beriman!

Mata aku lirik ke sekeliling kawasan. Minggu ni masuk ke-5 aku di matrik. Aha! Aku belum jumpa sahabat sekepala. Cumanya teman sebilik okaylah juga perangainya. Masing-masing sopan wa tawadhuk. Apa kurangnya akukan. Mantan pelajar sekolah agama beb tapi guwa bukan jenis pendakwah punya orang. Guwa sempoi bakk anggg! Aku ni jenis gila-gila tapi kadang-kadang jujurlah aku cakap, aku teringin nak jadi selembut Ustazah Fatimah Syarha. Alangkah indahnya tapi aku kena ingat KUN ANTI Sumayyah! Kemudian tiba-tiba aku terdengar dua orang pelajar berbual tapi aku dapat dengar dengan jelas. Earphone aku longgarkan. Aku rasa macam mahu dengar apa perbualan mereka. Macam best siap gelak-gelak lagi.

“Kay, aku dah cakap dah dia nak ke koperasi doh!”.

“Cantik bak angg awek tu. Depa duk sana pun ceq tengok dak abih-abih usha awek ni. Dak leh jadik ni. Ceq kena masuq gok nim!” bicara lelaki kedua yang dikenali sebagai Kay duk bising dalam loghat Kedahnya.

“Tak payahlah Kay. Kau ni tak layaklah dengan loghat Kedah kau tu. Bak angg tak habis-habis bak ang bak ang” kawan kepada Kay memperlekehkannya sambil gelak. Ya, aku sendiri tergelak. Lawak ah!

“Eh hang dak payah nak lebih-lebih. Nanti hang kenaa ni (tunjuk penumbuk) Rahman”. Kay menunjuk penumbuknya. Kawan Kay yang dikenali Rahman masih lagi dalam mode gelak sakannya.

“Dah arr wei. Awek tu cantik gilerr… agak-agak dah berpunya ke belum ek?” Rahman mengusap dagunya dengan tangan kanan. Seolah-olah berfikir.

“Ceq rasa dah nimm. Melepah hang ngan ceq, adil, deal fair n square dua-dua dak dapat”. Mata aku pantas beralih kepada objek yang mereka maksudkan. Siapakah dia? Cantikkah dia? Menawankah dia sehingga manusia yang dikenali Kay dan Rahman berbicara tentang objek tersebut? Mataku mahu lihat juga!

Gadis itu menapak ke arah koperasi. Langkahnya begitu kemas. Orang panggil apa? Catwalk. Ok. Catwalk. Rambut panjang yang ikal dihujung berwarna keperangan. Rambut yang dekat pada akarnya kehitaman. Penampakan di situ rambut diwarnakan. Wajahnya masya Allah putih melepak. Aksesori seperti cermin mata Rayban coklat hazel yang bersaiz besar menambahkan keindahan pada wajah yang sedia cantik hasil ciptaan Allah. Sungguh aku lihat dirinya, aku sendiri melihat diri aku. Tak cukup cantikkah aku? Ah biarkan! Aku malas mahu memikirkan. Biasalah manusia tu, mungkin dia kurang didikan agama makanya dia kurang faham mengapa perlu menutup aurat. Memang patutlah si Kay dan si Rahman berbicara tentang objek tersebut. Aku lihat dia sangat cantik apatah lagi kaum adamkan?



Aku terus mendengar lagu. Tiba-tiba bahagian bangku disebelah kerusi besi itu dipenuhi oleh dua orang gadis. Dua orang gadis yang membawa makanan ringan. Seorang berbaju kurung ayu berwarna ungu menawan dan seorang lagi memakai baju blous labuh kain cotton. Kemas dan rapi. Yang berbaju kurung memakai tudung labuh ungu cair jahit tengah dan seorang lagi memakai tudung bawal chiffon bidang 60’. 

Semuanya aku perhati sambil telinga masih lagi berdentum lagu Titanium. Kan aku cakap aku ulang-ulang lagu yang sama. Jadinya, lagu Titanium tu je lah.

“Eh lupa nak tanya awak. Assalamualaikum!” gadis berbaju ungu tiba-tiba memegang tangan kiri aku. Terkejut!

“Err err wa..waalaikumussalam” gadis tu tertawa kecil melihat gelagat aku yang agak kalut dan terkejut. Rasa macam errr…. Eeee!

“Maaflah awak sebab lupa nak tanya sebelah kerusi awak ni ada orang ke? Kalau ada kami nak pindah tempat lain”.

Aku pantas geleng dan membuat isyarat tangan ‘silalah duduk’. “Duduklah, tak ada orang pun”. Aku jawab selamba badak. Malas aku nak layan orang seramah-ramahnya. Sekadar berbasa-basi.

“Okay, terima kasih”. Aku just….angguk sekali.

Aku layan dunia aku sendiri. Kejap silang kaki kanan kejap kaki kiri. Ahh sudah! Bosan pula. Tengok dan belek-belek kaki yang cantik disarungi sneaker jenama Adidas. Pemberian Along aku. Sayang kot kasut ni! Mahal kot!

Aku jadi diam. Sebab? Aku rasa aku diperhatikan oleh seseorang. Aku tak selesa. Jadinya aku pandang ke kiri. Gadis tadi. Dia lihat aku. Dia tersenyum. Kenapa senyuman dia macam pelik je? Dia soal aku.
“Awak bosan ke? Nak sikit makanan kami?” aku bagi jawapan geleng dan senyuman nipis lagi halus. Sombong betul aku ni!

“Betul tak nak?” dia tanya lagi dan aku angguk tapi sebenarnya perut aku dah start menjerit minta diisi. 

“Saya dengar perut awak berbunyi tadi” gadis berbaju kurung membuka mulut lagi. Aku lihat dia. Dia tersenyum lagi. Sahabat dia yang duduk sebelah kirinya tak kisah apa yang terjadi. Meneruskan suapan demi suapan.

“Ha..ah.. ya lapar” aku teragak-agak nak ambil. Aku hulur tangan. Dia pantas memberi makanan dia. Aku jadi malu sendiri. Eh sejak bila aku pandai malu dengan orang ni?

“Makanlah. Awak lapar je ni kan”.

“Aw..awa… awak terima kasih tapi sa..saya mintak sikit je” aku tiba-tiba jadi pemalu. Woi hipster apahal jadi pemalu ni bak ang!

“Nama saya Nur Amirah Khadijah, nama awak apa ya?” gadis berbaju ungu memulakan topik perbualan. Aku macam tak suka situasi ni. Tengah makan pula tu tapi tu lah aku kena balas budi dia jadinya aku jawab pertanyaan dia.

“Nama sa..saya Sumayyah Syarha”.

“Masya Allah sedapnya nama awak!” dia jadi suka siap tepuk tangan banyak kali. Aku tiba-tiba cakap lepas suapan yang kedua “Tak sedaplah, sedap untuk makanan cantik atau indah untuk nama ler”.

Gadis berbaju ungu yang dikenali Amirah tu memandang aku. Wajahnya terkesima dan kemudian tersenyum lagi. Sahabat disebelah Amirah melihat aku. Aku dengar apa yang sahabatnya bertanyakan kepada Amirah, “Mirah kenal ke?” Amirah hanya menggeleng dan tersenyum.

“Baru kenal. Namanya Sumayyah Syarha” Amirah memberitahu sahabatnya yang aku belum tahu siapa namanya. Gadis berblous labuh tu angguk-angguk tanda faham.

“Perkenal Sumayyah, sahabat saya, Hani Nusaibah” Oh Hani Nusaibah namanya. Hani melambai tangannya mungkin salam perkenalan.

“Mirah, dah lambat ni nak ke kelas Dr Zahid subjek fizik ni” Hani melihat jam tangannya.

“Oh yaa tapi saya sebelum tu nak tanya Sumayyah. Sumayyah blok berapa dan bilik berapa ya?” huu kenapa dia asyik tanya aku je si Amirah ni. Aku baru je kenal dia! Tapi apakan daya mulut aku mahu bergerak untuk memberitahu juga. Seperti ada aura yang suruh aku memberitahu segala-galanya kepada budak yang aku baru je kenal ni. Kenapa hahh?

“Blok E bilik 3.18”.

“Lorh sebelah bilik saya je rupaya. Lahai. Sumayyah saya 3.19. Sebelah bilik awak je lah!” Amirah kelihatan ceria. Aku? Macam takut-takut je dengan orang yang baru aku kenal ni.

“In shaa Allah kalau ada apa-apa saya nak mintak tolong saya pergi bilik awak ya?” Amirah memberitahuku. Nak minta tolong apalah budak ni dengan aku?

“Err ya ya” aku angguk berkali-kali.

Hani bangun dari duduknya. Membetulkan blousnya yang renyuk sedikit. Amirah mengemas juga bajunya. Beg dipakai. Dibetulkan tudung yang terselit agar kelihatan kemas tudungnya dan begnya.

“Sumayyah…” aku pandang Amirah sambil dia membetulkan begnya.

“Awak habiskanlah makanan tu ya, saya kenyang” aku tengok makanan tu. Separuh aku sudah makan tanpa aku sedari. Dahsyat kau Sumayyah! Baru nak cakap Amirah terus pergi dengan senyuman yang indah. Sebelum dia pergi dia beri ucapan ‘Assalamualaikum Sumayyah, saya dan Hani pergi dulu ya!’.

Aku jawab dalam hati ‘Waalaikumussalam’ dan aku pandang makanan yang aku makan. Aku ketawa kecil seorang dia. Aduhai Sumayyah lawak apa hari ni yang kau buat hah? Haha. Aku tutup mulut aku dengan tapak tangan. Aku malu sendiri. Wah hipster malu bro!

“Sofea!!!” tersentak aku dengar nama ni. Makhluk mana pulak ni? Baru nak sambung kunyahan.

Gadis yang cantik tadi lalu dihadapan aku. Dia berjalan laju. Lari ke? Lari dari siapa?

“Sofea!!!” oh nama dia Sofea. Cantik namanya secantik orangnya.

“Awak nak pergi mana?!” aku lihat seorang lelaki mengejarnya dari belakang. Wah ada drama ke hari ni aku dapat tonton tapi si Sofea ni tak pula menangis. Muka selamba je.

“Nah surat untuk awak Sofea”. Lelaki tadi kejar sehingga dia berada di hadapan gadis yang bernama Sofea tadi. Laluan di hadapan koperasi lengang sebab tu agaknya si Sofea dan mamat ni buat drama dekat sini. Aku tengok je.

“Saya harap awak dapat terima saya ya Sofea”. Bersungguh lelaki tu. Si Sofea ni macam buat dek je. Angguk tidak geleng tidak. Malas nak layan agaknya. Aku tengok sambil menguyah makanan si Amirah tadi.

“Saya perlu ambil masa” gadis yang bernama Sofea itu pun bersuara. Masya Allah suaranya lembut bak anggg!

“Jangan lama-lama ambil masa ya. Ingat nama saya Syahmim atau panggil Syah ya!” si Sofea masih buat dek. Tak pasal-pasal Sofea memalingkan wajahnya kepada aku. Dia lihat aku. Tajam matanya. Apa salah aku bro!

“Awak. Diam tau pasal ni”. Aku faham tapi kenapa aku kena diam pula pasal ni? Hello I bukan mamarazzi or paparazzi or penyebar gossip okay! I hipster beriman okay!

“Okay Syah, saya nak ke kelas.” Sofea berkeras untuk teruskan perjalanannya ke kelas. Lelaki yang bernama Syahmim ke tepi. Memberi laluan kepada Sofea. Aku? Jadi pemerhati.

“Hati-hati Sofea. Saya suka awak.” Pantas Sofea melarikan diri. Malas melayani mamat tu.

Mamat tu tersenyum. Aku perhati. Macam kena pukau. Penangan kecantikan si Sofea agaknya. Syukur. Alhamdulillah aku dibuatnya sebab aku tak secantik dia.

Lelaki yang dikenali sebagai Syah memandang aku. Tiba-tiba bercakap sesuatu “AKU SUKA DIA!” dan kemudian ketawa sambil berjalan. Huh, gila ke apa. Allahu takut aku. Aku bersangka baik. Dia tak gila cumanya terlebih suka itulah jadinya.

Aku. Masih duduk. Kelas masih lambat lagi sebab gap dua jam! Aku sambung kunyahan semula. Tiba-tiba hati aku terdetik ‘Terima kasih ya Allah atas makanan yang kau kurniakan ini!’. Aku senyum sampai nampak gigi tengok makanan Amirah ni. Jimat duit aku hari ni.  Aku senyum lagi. Dan senyum lagi. Okay. Aku pula dikategorikan sebagai gila pula nanti. Allahu rabbuna aku tak nak jadik gila! 

Hari ni tak pasal-pasal aku kenal enam orang makhluk dalam hidup aku sekaligus. Tak sengaja. Semuanya berlaku dengan pantas. Bermula dengan Kay, Rahman, Amirah, Hani, Sofea dan Syahmim. Aku tak kenal semua tapi itulah secara tiba-tiba aku kenal. Macam Kay dan Rahman ni aku terdengar je. Nama betulnya memanglah tak tahu. Amirah dan Hani dapat juga aku tahu nama panjang mereka. Sofea dan Syahmim ni…. Macam ada cerita mereka lagi dalam hidup aku. Entah. Firasat kot. Malas nak fikir. Aku tengok jam tangan. Pukul 10:30 pagi. Kelas bermula 11:00 pagi. Nak solat dhuha kejap.
Air menitis jatuh ke bawah



Kalimah bismillah diawali

Menyentuh jari jemari

Solat dhuha akan disusuli…

Bismillahirrahmanirrahim


Tamat Part 3


Bersambung.