HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Tuesday, June 23, 2015

Cerpen : Ukhuwah Mahabbah - Part 4

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.



Ukhuwah Mahabbah – Part 4

Assalamualaikum warahmatullah. Aku toleh ke kanan.

Assalamualaikum warahmatullah. Aku toleh ke kiri.

Aku usap wajah. Solat sunat dhuha pada hari itu sudah aku lakukan. Aku berharap sangat aku dapat istiqamah dalam menunaikan amalan sunat ini. Walaupun aku jenis gila-gila tapi tak bermakna urusan aku dengan Tuhan aku abaikan. Aku juga punyai kelemahan. Aku juga punyai kelebihan. Selesai membaca doa, aku melipat telekung dan sejadah yang disediakan di masjid matrik. Di saf hadapan sekali aku ternampak satu susuk tubuh sedang bersolat. Memakai jubah hijau daun dengan tudung bidang 60’ berwarna coklat tua.

Terdetik dalam hati aku ‘Kan mudah solat sebegitu, tak perlu leceh bawa telekung’ aku bermonolog. Aku lihat diri aku. Aku senyum sehingga aku disapa oleh seseorang.

“Assalamualaikum”.

“Waalaikumussalam” aku mendongak. Aku terkejut. Gadis tadi! Apa namanya? Sofea!

“Kenapa awak terkejut tengok saya?” soal gadis yang bernama Sofea.

“Err tak, bukan tadi awak ke kelas ke sepatutnya?” aku membalas jawapan dia dengan persoalan juga. Sofea gelak. Aku perhati je gelagat dia. Keadaan ini di kaki lima masjid.

“Saya nak lari dari mamat tu sebab saya tak suka” Sofea memberitahu. Aku angguk. Aku kemudiannya membuka persoalan.

“Err, Sofea, awak nak solat ke?” duga aku. Aku tak pasti dia akan angguk atau geleng.

“Solat dhuha ke?” Sofea pula bagi jawapan persoalan kepada aku. Adeh! Aku angguk.

“Saya dah solat pukul 8 lebih tadi kat sini, saya nak ulangkaji dekat sini” Sofea menunjukkan jari telunjuk ke bawah. Menunjukkan kaki lima masjid adalah sasaran dia sekarang untuk study.

Aku terdiam. Aku kagum. Aku diam panjang.

“Aa.. awak…awak mengelamun ke?” Sofea melambai-lambaikan tapak tangannya di hadapan wajah aku. Aku tersedar.

“Oh tak tak… by the way nama awak Sofea kan? Maaflah saya terdengar perbualan awak dengan mamat tu”.

It’s okay. Biasalah tu. Yes, my name is Sofea. Full name Sofea Khalilah binti Ahmed Jazari. Nice to meet you today. Nama awak?”. Sambil dia bercakap aku pandang rambut dia. Karat.

“Oh saya Sumayyah Syarha. Nak nama ayah sekali ke?” aku soal dia. Dia ketawa. Aku buat lawak pulak depan anak Ahmed Jazari ni.

“Tak apalah sebab peribadi”.

“Nama ayah saya Zulqarnain” saja aku lambat memberitahu. Aku mahu lihat reaksi orang yang sedang bercakap dengan aku. Lagi-lagi dia, Sofea. Aku lihat jam. Kelas seterusnya hampir tiba. Kelas tutorial! Aduh, kelas tutorial ni aku memang malas sedikit. Sebab? Kena buat latihan tapi nasib baik aku sudah siapkan malam tadi. Sampai pukul tiga pagi siapkan. Menangis dibuatnya.

“Maaf Sofea. Saya ada kelas tutorial lepas ni. Tinggal 8 minit. Saya pergi dulu ya” tangan aku hulur. Aku fikir dia sambut atau geli dengan huluran ini.

Sofea sambut. Dalam hati, aku ucap Alhamdulillah. Lega. Hehe.

“Ok hati-hati Sumayyah. Tak sangka saya jumpa awak dekat sini. Jarang nampak” Sofea memberitahu. Aku malu sendiri.

Aku senyum. Dia pun senyum tapi senyuman Sofea seperti ingin memberitahu sesuatu. Bukan marah, bukan memberontak, bukan geli apa yang aku fikir tapi senyuman mengharap. Aku memulakan langkah ke kelas tutorial. Earphone yang aku pakai tadi sebelum solat dhuha aku pakai semula. Berlari anak ke tingkat dua kelas tutorial. Jauh juga.

*****

Pukul 5:36 petang. Selepas kelas terakhir hari ini, aku terus ke masjid. Solat asar. Kemudian, aku terus ke bilik aku yang berada di tingkat tiga. Macam ni setiap hari dan kalau aku kurang makan istiqamah pulak tu, gerenti guwa kurus bro! Tapi kalau dah penat mesti nak makan minum.

Seluk kunci dalam kocek beg tepi. Aku rasa tak sedap hati. Seluk lagi dan lagi. Kunci tak ada! Aku ketuk pintu bilik. Banyak kali. Tiada respon. Sah-sah semua ahli bilik aku tak balik lagi. Aku nak menangis rasanya. Terpaksalah aku tunggu salah seorang daripada mereka balik. Aku penat dan terasa sangat mengantuk saat ni. Aku terduduk di tepi bilik atas koridor. Nak study subjek baru belajar tadi memang tak mungkin terjadi sebab minda sudah set waktu petang macam ni aku kena rehat daripada mengulangkaji pelajaran atau aku akan turun bermain di padang.

Aku buka smartphone. Belek-belek whatsapp mana tahu mereka online sekarang. Semua last seen pukul 11 pagi, 12 tengah hari, dan 1 petang. Sabar duhai hati.

“Eh Sumayyah!” seseorang memanggil seperti nada terkejut. Aku toleh ke kanan. Amirah.
“Awat awak duduk sini?” Amirah bertanya.

“Ak..ak.. saya tak bawa kunci. Lupa.”

Aku hampir membahasakan diri ‘aku’ kepada Amirah. Gadis baik macam dia ni takkan aku nak guna ‘aku’ macam orang lain. Amirah pandang aku. Wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Kau lupa bawa eh?” Amirah bertanya. Amirah guna ‘kau’. Aku pandang Amirah pantas. Membesarkan mata.

“Kau tak payah nak terkejut sangat. Apa salahnya guna ‘kau aku’ dengan Amirah. Tak masuk penjara pun.” Amirah sedapkan hati. Ya, aku rasa sedap sekarang ni. Seolah-olah dirai oleh orang lain.

“Hee janggal pulak nak guna ‘kau aku’ ni dengan Amirah.” Aku pula yang janggal. Amirah okay je.

“Haha. Jomlah tumpang bilik aku. Ada seorang je roommate yang baru balik sekarang ni.” Amirah mengajak aku ke biliknya. Aku bingkas bangun dari duduk.

“Masuklah” Amirah mempelawa aku masuk. Posisi katilnya sama dengan posisi katil aku. Masuk bilik pandang kanan dan berdekatan dengan cermin tingkap bilik. Aku memerhati meja Amirah. Kemas dan molek je pandang. Simple.

“Err tak apa ke? Tak ganggu roommate kau yang tengah tidur ni ke?” Amirah geleng.

“Dah lama tidur. Orang macam ni kalau dah lama tidur susah nak terjaga.” Amirah memberitahu aku. Menyedapkan hati. Amirah menyuruh aku duduk di atas katilnya. Aku tak mahu.

“Kenapa tak nak duduk?”

“Katil orang.” Alasan yang aku bagi sebab ‘katil orang’.

“Huishh, tak ada apa-apalah. Duduk je.” Amirah menyuruh aku duduk juga. Amirah ligat tangannya memasang kepala plak untuk dipasangkan ke suis di dinding. Aku perhati je. Tiba-tiba Amirah menyoal aku.

“Pernah join usrah tak?”

Aku angguk.

“Dekat mana? Sekolah?” Amirah tanya lagi.

Aku angguk.

“Jadi naqibah pernahlah ni?” masih ayat jenis soalan ditujukan kepada aku.

Aku angguk.

“Sumayyah…” Amirah panggil aku.

Aku jawab “Ya.”



Bunga-bunga ukhuwah bermula di sini. Ukhuwah yang aku panggil sampai sekarang ‘Ukhuwah Plak Suis’. Yang ajaibnya, satu hari sahaja perkenalan aku dengan Amirah. Ajaib bukan? Aku tak tahu ayat apa yang dia pakai untuk tarik aku untuk dekat kepada Rabbul Jalal. Yang pasti, dia guna ayat-ayat cinta Allah. Aku dapat rasai roh perjuangan dalam dirinya. Roh yang ikhlas ingin membawa insan-insan disekelilingnya ke Jannah Allah.

Susah aku mencari pengganti Amirah. Biarpun dalam sejuta itu ada seorang sepertimu belum pasti itu pengganti Amirah. Amirah kuat. Teman sebilik-sebiliknya sendiri dia bawa bersama untuk ke syurga Allah. Indahnya perkenalan yang Allah caturkan ini.

Tamat Part 4


Bersambung.