HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Monday, July 27, 2015

Zero

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Teringat liqa' di bumi murobbiku, apabila kita dipilih oleh Allah untuk memberi mukadimah dalam suatu bulatan elok benar jika kita berkongsi sedikit pengisian jiwa atau apa-apa pengisian ilmu yang sedikit sebanyak dapat menyuntik vitamin semangat ke dalam roh seseorang. Barangkali untuk aku ianya suatu benda yang baru dan boleh aku aplikasikan dalam bulatan gembira yang aku ada. Tak semua manusia yang Allah ciptakan dapat hadiri perkongsian ilmu pada hari tu. Sungguh aku adalah insan yang terpilih untuk menadah telinga kepada muwajih tersebut. Benarlah sabda Nabi sampaikan walau satu ayat sekalipun. Kita mana tahu hidayah itu kadang disapa hanya dengan sepotong ayat sudah cukup untuk diberi kesan kepada seseorang individu bahkan ghairu-muslim yang mendengar sebelum menjadi muslim juga boleh terbuka mindanya bagi memberi ruang untuk mengenali apa ilmunya didapati. Sungguh hidayah itu urusan Allah, kita sebagai hambaNya cumalah hamba yang 'zero' iaitu tiada apa-apa. 

                                               Sekadar hiasan - iklan Uchiha Sasuke

Cerita tentang 'zero' ni sedikit sebanyak aku nak ceritakan keadaan yang berlaku sewaktu cuti semester yang terbaru ni. Bermulanya aku pulang dari bumi murobbi ke kampung halaman, aku dapat rasakan akan ada sesuatu yang bakal menimpa diri sendiri. Aku tahu yang aku akan hadapi suatu cabaran yang sangat getir hebatnya. Cuti yang berhari-hari adalah satu ujian yang bagi aku andai aku tak jaga pengurusan masa dengan baik, aku akan mengikut arus kesilapan mazmumah. Aku tahu ianya bermula dari diri aku sendiri. Cuti aku banyak terisi dengan duduk sahaja di rumah makanya aku kurang keluar menjejaki bandar atau rumah orang lain dan dalam masa yang sama ummi abah bekerja dan adik-beradik semua bekerja, belajar dan berpraktikal. Hidup aku banyak menghabiskan masa melayari internet tapi itu pun under 'self control'. Kalau aku sendiri tak jaga alamatnya aku sendiri tenggelam dalam menjadi hamba kepada tekno. Eh, aku manusia beragama jadinya aku makhluk yang mempunyai Tuhan. Alhamdulillah dengan harapan sepenuhnya kepada Allah, aku jadi kuat walaupun banyak tingkah laku aku tercicir disebabkan tahap kemalasan yang petala ke berapa. Sungguh aku cakap jihad lawan diri sendiri tu maha hebat sebelum teringin nak pergi berjihad perang. If the basic you cannot survive thus the big one you front you'll depressed. 

Sepatutnya cuti semester ni aku belajar pandu kereta tapi aku sendiri tak tahu kenapa yang aku ni still tak move on nak pergi kelas memandu. Aku fikir satu je "kalau aku pergi kelas memandu nanti rumah tak kemas so tak jadi pergilah" setiap kali aku terfikir aku akan buat statement tu. Seolah-olah magnet dalam rumah ni is the most powerful ever. Itu sebabnya aku susah nak keluar rumah tapi dalam hati sebenarnya.... aku teringin nak keluar rumah dan pergi bershopping sakan. Fitrah seorang perempuan. Nafsu dia sembilan jadinya tak pelik untuk aku. By the way, lawan perasaan-perasaan tu semua sampaikan boleh jadi aku seorang yang cenggeng (perkataan ni sahabat aku ada sampaikan pada aku yang aku ni cenggeng = kuat menangis, perkataan sabah). Tapi lama-lama aku tak layan sangat perasaan yang terlampau ikut arus nafsu sebab ada sesuatu benda yang aku dahaga gila. Benda ni yang buatkan aku kena lawan dengan diri sendiri. Aku tak suka kehilangan dia. Kalau aku kehilangan dia aku akan terjebak dalam satu lembah kebinasaan (pada pandangan akulah). Tarbiah diri sendiri. Benda yang aku tak suka kehilangan 'dia' tu adalah pengisian jiwa, tazkiyatun nafs. Andai kata benda tu hilang, sedikit sebanyak kefahaman aku kepada perjuangan sebagai seorang muslim tu hilang. Sudahlah halawatul iman tak capai, apatah lagi pengisian jiwa, takkan dua-duanya aku nak hilang. Jujurlah aku kata halawatul iman ni memang best. Sebab aku pernah rasainya sewaktu hidayah pertama betul-betul tertusuk dijiwa aku. Sampaikan aku rasa aku nak mati time tu. Aku tak nak dunia. Aku nak pergi jumpa Allah. Betapa manisnya iman saat tu sehingga boleh kalahkan penyakit cintakan dunia, penyakit al-wahan. Lama-lama rasa tu hilang dan pudar. Aku tercari-cari tapi sampai sekarang aku tak jumpa.

Mungkin Allah saja hilangkan rasa tu sebab Allah mahu aku usaha terus mencari halawatul iman dengan sentiasa mendapatkan pengisian jiwa. Ya aku tahu kadang aku ni kuat bermain. Aku suka main-main sampai kerja yang aku perlu buat aku jadi tak nak buat. Tapi apa yang aku yakin, ada insan diluar sana sentiasa doakan aku berubah. Ya sepanjang cuti ni juga aku terima mesej dari sahabiah-sahabiah aku meminta aku berubah. Aku tak marah langsung bahkan aku suka dapat teguran minta aku berubah sebabnya teguran tu teguran dari Allah. Saat menerima teguran tu actually aku pun berada dalam fasa perubahan. In shaa Allah doakan aku semoga istiqamah dalam hijrah hati (susah kot nak jaga hati ni). Kini, aku kurangkan bermain. Boleh lagi bermain tapi berpada-pada kalau asyik main, emangnya lagi susahlah nak dapatkan halawatul iman tu. Ninja yang suka bermain ( krik krik krik )

Percayalah cakap aku, tak dapat tarbiah dari orang lain dapat tarbiah dari Allah direct. Macam-macam jenis tarbiah yang Allah bagi, tu tandanya Allah sayang dan cintakan aku. Jeles tak jeles tak? Emangnya Allah tak nak aku rasa kosong time cuti ni. Lawan dan lawan. Tapi tarbiah yang paling kemmah duduk kat rumah ni adalah tarbiah bebelan secara khusus supaya aku dapat perbetulkan fardhi muslim secara tak sengaja. Yeah, tarbiah tu tarbiah (faham-faham sendiri). Kadang ada minggu tu aku rasa kosong gila. Bayangkan sepanjang cuti ni cuma dua buku je aku dapat baca sampai habis iaitu cerita Abu Ayyub Al-Ansari Si Syahid Konstantinopel dan Lagenda Budak Usrah. Padahal dekat rumah ni banyak lagi bahan bacaan yang aku perlu baca. Nasib badanlahkan? Diri sendiri yang tak efektif nak membaca maka hasil pun tak proaktiflah jawabnya, Time aku taip untuk catatan blog ni sebelah aku ni ada buku Lagenda Budak Usrah (LBU) karya Muharikah. Ini pun pinjam sebab aku suka sebab aku like FB Muharikah. Banyak benda yang buat aku sedar. Alhamdulillah terisi jiwa yang kontang  dengan pengisian ni. Lepas baca LBU ni aku tiba-tiba nak baca buku Diagnosis karya Dr Anwar Fazal tapi kewangan tak mengizinkan. Boleh je beli tapi ada benda lain yang aku fikirkan patut aku beli. Tu yang tangan gatal je tanya orang 'Siapa ada buku Diagnosis?' aku tak nak beli tapi nak pinjam. Aku tak suka pinjam sebab tak syok nak buat contengan jalanan kononnya dekat buku-buku tu.

Usrah. Tak ada?  Usahakan sampai dapat macam mana nak join usrah. 

Tak nak banyak share. Dalam kepala ni banyak je benda nak share. Apa yang ada dan sesuai aku muntahkan dekat sini. 

Hidup ni start dengan zero. But it will keep you to be hero. Sikit-sikit ah naik. Jangan gopoh nak up. Allah jadikan kita ni pun perlahan-lahan tumbesarannya. Yeah, Allah tu Maha Hebat bro sis sekalian. Btw, istiqamah sehingga kemenangan ya. 

Budak yang banyak masih banyak benda nak kena belajar tentang sistem kehidupan.
5:17 pm
27 Julai 2015









Wednesday, July 8, 2015

Cerpen : Ukhuwah Mahabbah - Part 5

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG sekali ana menulis entry sekali itu ana mengucapkan kata bahawa ana adalah insan yang kerdil yang lemah serta tidak berdaya sepenuhnya. manusia yang mengaharapkan segala-gala dari RabbNya. maafkan ana andai ana tersalah langkah.



Ukhuwah Mahabbah – Part 5

Pagi Sabtu. Amirah mengajak aku ke masjid. Pagi-pagi sebelum subuh. Aku tanya dia kenapa tak ajak teman-teman sebilik dia. Dia kata semuanya ‘off’. Aku angguk je tapi angguk-angguk aku mengantuk. Bertafakur.

Malam sebelumnya…

Nada ringtone Freedom Ain’t Free oleh Raef berbunyi. Smartphone aku bergetar. Zeet zeet…

Sebelum tangan aku slide butang hijau, aku tengok siapakah gerangan yang menelefon aku pada pukul 11:35 malam ini.

Tertera nama AMIRAH KHADIJAH di skrin smartphone aku. Amirah? Dia nak apa malam-malam macam ni. Aku slide.

“Assalamualaikum, ada ore tak ni?” suara Amirah menyergah masuk ke dalam telinga. Terkejut aku. Seolah-olah bunyi disekelilingnya agak bising.

“Waalaikumussalam, terkejut aku Amirah!” aku membalas dengan nada jeritan jugak! Tak nak mengalah eh.

“Kejap, kawe pelankan sikit lagu Maher Zain ni, base dia aku besarkan tu yang macam gema sikit bilik ni” aku tercengang. Tak sangka juga Amirah macam ni juga, gila-gila.

Aku tanya dia “Lagu Maher Zain yang mana?”.

Freedom” aku angguk. Macam tajuk lagu aku jugak tapi aku tambah sikit, ain’t free. Hoho.

“Hah Sumayyah, esok nak solat subuh tak?”

“Eh mestilah solat, gila ke tak solat!” aku jerit dalam talian. Jerit sopan-sopan tak nak ganggu roommate yang dah sampai ke Kanada.

“Solat berjemaahlah. Dekat masjid.”

“Oh, ingatkan apa”.

“Jomlah, esok pagi aku datang ke bilik kau. Okay?”

“Sebelum tu call dulu, pukul berapa nak pergi?”

Area pukul 5:30 pagilah eh?”

Alright”.

“Pastikan kau bangun tau, bangun kerana siapa?” Amirah soal aku. Macam budak-budak tapi cute je.

“Kerana Allah”.

“Masya Allah, sahabat aku ni hebat, alhamdulillah” aku senyum. Senyum sampai ke telinga. Kembang pun ya.

“Tak payah nak puji sangat Amirah, wek!”

“Tak ada siapa pun nak puji !” Amirah berseloroh. Kami sama-sama gelak malam tu. Akhir bualan masing-masing ucapkan ‘Lailan saidan dan ucapan salam’.

Aku letak smartphone yang berjenama Samsung Galaxy S5 di atas meja belajar. Jauh sikit dari aku. Kalau bunyi alarm pun aku kena bangun nak capai smartphone aku ke sana biar aku rajin sikit pagi-pagi nak gerak. Tarbiyah pagi kononnya. Uhuk uhuk!

Seusai jam menunjukkan jam 12, aku get ready tutup lampu dan tutup tingkap serta rapatkan langsir. Get ready terjun tirup ala ultraman atas katil. Mata sudah mengantuk yang teramat! Bapp.. zzzz

***

Pukul 4:45 pagi. Aku bangun tapi kudrat tenaga aku tak berapa nak kuat. Aku terpaksa gagahkan jua diri untuk ke tandas blok aras. Tandas jauh sikit. Aku capai toiletries. Aku dengar bunyi derapan kaki menuju ke tandas. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak.

Sreet sreet.

Aku positif, orang yang bangun tahajud agaknya. Aku teruskan menggosok gigi. Membongkokkan sedikit badan. Di hadapan aku ada cermin. Cermin tu menghadap tingkap yang menghala ke tengah blok. Kiranya kita boleh lihat bahagian tengah blok kolej kediaman. Aras bawah tiada bilik pelajar cumanya rumah felo sahaja jadinya suasana agak suram. Bahagian tengah aras ground floor adalah rumput. Sesuai sangat dijadikan tempat bermain tapi apakan daya, tak berbela rumput-rumput di bawah tu.

Aku terus leka menggosok gigi. Selepas berkumur, aku menegakkan postur badan. Tiba-tiba aku ternampak satu lembaga memakai pakaian serba putih di cermin …

“Hah!!!!”

Istighfar aku dibuatnya, Amirah! Hampir lulu jantung aku. Terus jadi segar bugar.

“Maaflah, saja nak buat kau segar pada pagi yang serba indah ni” aku diam. Rasa macam nak cekik tapi apakan daya, anak orang.

“Nasib kau Amirah, kalau orang lain dah lama dah…” aku cepat-cepat basuh muka sekali lagi. Amirah ceria. Pagi-pagi sudah ceria. Aku lihat sekilas penampilan dia pada pagi tu, sudah siap untuk ke masjid. Aku? Baru bangun, malu sendirilah.

Aku soal Amirah “Bangun pukul berapa?”

“Pukul 4 tadi”

“Awalnya!”

“Jumpa Allah dulu sebelum jumpa kau” ayat dia tu buatkan aku terdiam. Aku? Tidur lagi waktu tu.

“Sumayyah, aku tunggu kau ya ni”.

“Kat mana nak tunggu?”

“Kat tangga tu” Amirah tunjuk jari tangga yang biasa kami gunakan. Aku angguk. Selesai berwudhuk aku berlari menuju ke bilik mempersiapkan diri. Pantas.

Aku keluar memakai kasut. Kasut Asadi ala-ala Crocs. Sebelum aku keluar, aku tengok jam dinding dalam bilik, pukul 5:02 pagi.



Dari jauh aku nampak Amirah.
.
.
.
Itu dulu. Sekarang dah tak sama.

Aku tiba-tiba teringat kisah-kisah aku dengan Amirah.

Alunan kalamullah oleh Sheikh Saad Al-Gamidi surah As-Saff sedang berdendang dicorong telinga, aku guna earphone putih berjenama Sony hadiah pemberian kawan Amirah, Hani Nusaibah. Dulu, lagu yang aku dengar kalau boleh rancak serancaknya. Sekarang aku demand bab-bab dengar lagu. Aku tak berapa minat dengar lagu hip hop, dance, pop, jazz dan seangkatan dengannya, rock lagilah, yang tahap heavy metal lagilah nauzubillahiminzalik aku nak dengar haha. Tapi ada sebahagian sahabat-sahabat aku dengar, aku tak larang, masing-masing. Sekadar aku menasihati mereka agar tak melebihi atau melampau. Tapi lagu Titanium aku still on going, hehe.




Tamat Part 5

Bersambung.