HAMBA-HAMBA ALLAH

BILANGAN HAMBA ALLAH

Monday, July 27, 2015

Zero

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Teringat liqa' di bumi murobbiku, apabila kita dipilih oleh Allah untuk memberi mukadimah dalam suatu bulatan elok benar jika kita berkongsi sedikit pengisian jiwa atau apa-apa pengisian ilmu yang sedikit sebanyak dapat menyuntik vitamin semangat ke dalam roh seseorang. Barangkali untuk aku ianya suatu benda yang baru dan boleh aku aplikasikan dalam bulatan gembira yang aku ada. Tak semua manusia yang Allah ciptakan dapat hadiri perkongsian ilmu pada hari tu. Sungguh aku adalah insan yang terpilih untuk menadah telinga kepada muwajih tersebut. Benarlah sabda Nabi sampaikan walau satu ayat sekalipun. Kita mana tahu hidayah itu kadang disapa hanya dengan sepotong ayat sudah cukup untuk diberi kesan kepada seseorang individu bahkan ghairu-muslim yang mendengar sebelum menjadi muslim juga boleh terbuka mindanya bagi memberi ruang untuk mengenali apa ilmunya didapati. Sungguh hidayah itu urusan Allah, kita sebagai hambaNya cumalah hamba yang 'zero' iaitu tiada apa-apa. 

                                               Sekadar hiasan - iklan Uchiha Sasuke

Cerita tentang 'zero' ni sedikit sebanyak aku nak ceritakan keadaan yang berlaku sewaktu cuti semester yang terbaru ni. Bermulanya aku pulang dari bumi murobbi ke kampung halaman, aku dapat rasakan akan ada sesuatu yang bakal menimpa diri sendiri. Aku tahu yang aku akan hadapi suatu cabaran yang sangat getir hebatnya. Cuti yang berhari-hari adalah satu ujian yang bagi aku andai aku tak jaga pengurusan masa dengan baik, aku akan mengikut arus kesilapan mazmumah. Aku tahu ianya bermula dari diri aku sendiri. Cuti aku banyak terisi dengan duduk sahaja di rumah makanya aku kurang keluar menjejaki bandar atau rumah orang lain dan dalam masa yang sama ummi abah bekerja dan adik-beradik semua bekerja, belajar dan berpraktikal. Hidup aku banyak menghabiskan masa melayari internet tapi itu pun under 'self control'. Kalau aku sendiri tak jaga alamatnya aku sendiri tenggelam dalam menjadi hamba kepada tekno. Eh, aku manusia beragama jadinya aku makhluk yang mempunyai Tuhan. Alhamdulillah dengan harapan sepenuhnya kepada Allah, aku jadi kuat walaupun banyak tingkah laku aku tercicir disebabkan tahap kemalasan yang petala ke berapa. Sungguh aku cakap jihad lawan diri sendiri tu maha hebat sebelum teringin nak pergi berjihad perang. If the basic you cannot survive thus the big one you front you'll depressed. 

Sepatutnya cuti semester ni aku belajar pandu kereta tapi aku sendiri tak tahu kenapa yang aku ni still tak move on nak pergi kelas memandu. Aku fikir satu je "kalau aku pergi kelas memandu nanti rumah tak kemas so tak jadi pergilah" setiap kali aku terfikir aku akan buat statement tu. Seolah-olah magnet dalam rumah ni is the most powerful ever. Itu sebabnya aku susah nak keluar rumah tapi dalam hati sebenarnya.... aku teringin nak keluar rumah dan pergi bershopping sakan. Fitrah seorang perempuan. Nafsu dia sembilan jadinya tak pelik untuk aku. By the way, lawan perasaan-perasaan tu semua sampaikan boleh jadi aku seorang yang cenggeng (perkataan ni sahabat aku ada sampaikan pada aku yang aku ni cenggeng = kuat menangis, perkataan sabah). Tapi lama-lama aku tak layan sangat perasaan yang terlampau ikut arus nafsu sebab ada sesuatu benda yang aku dahaga gila. Benda ni yang buatkan aku kena lawan dengan diri sendiri. Aku tak suka kehilangan dia. Kalau aku kehilangan dia aku akan terjebak dalam satu lembah kebinasaan (pada pandangan akulah). Tarbiah diri sendiri. Benda yang aku tak suka kehilangan 'dia' tu adalah pengisian jiwa, tazkiyatun nafs. Andai kata benda tu hilang, sedikit sebanyak kefahaman aku kepada perjuangan sebagai seorang muslim tu hilang. Sudahlah halawatul iman tak capai, apatah lagi pengisian jiwa, takkan dua-duanya aku nak hilang. Jujurlah aku kata halawatul iman ni memang best. Sebab aku pernah rasainya sewaktu hidayah pertama betul-betul tertusuk dijiwa aku. Sampaikan aku rasa aku nak mati time tu. Aku tak nak dunia. Aku nak pergi jumpa Allah. Betapa manisnya iman saat tu sehingga boleh kalahkan penyakit cintakan dunia, penyakit al-wahan. Lama-lama rasa tu hilang dan pudar. Aku tercari-cari tapi sampai sekarang aku tak jumpa.

Mungkin Allah saja hilangkan rasa tu sebab Allah mahu aku usaha terus mencari halawatul iman dengan sentiasa mendapatkan pengisian jiwa. Ya aku tahu kadang aku ni kuat bermain. Aku suka main-main sampai kerja yang aku perlu buat aku jadi tak nak buat. Tapi apa yang aku yakin, ada insan diluar sana sentiasa doakan aku berubah. Ya sepanjang cuti ni juga aku terima mesej dari sahabiah-sahabiah aku meminta aku berubah. Aku tak marah langsung bahkan aku suka dapat teguran minta aku berubah sebabnya teguran tu teguran dari Allah. Saat menerima teguran tu actually aku pun berada dalam fasa perubahan. In shaa Allah doakan aku semoga istiqamah dalam hijrah hati (susah kot nak jaga hati ni). Kini, aku kurangkan bermain. Boleh lagi bermain tapi berpada-pada kalau asyik main, emangnya lagi susahlah nak dapatkan halawatul iman tu. Ninja yang suka bermain ( krik krik krik )

Percayalah cakap aku, tak dapat tarbiah dari orang lain dapat tarbiah dari Allah direct. Macam-macam jenis tarbiah yang Allah bagi, tu tandanya Allah sayang dan cintakan aku. Jeles tak jeles tak? Emangnya Allah tak nak aku rasa kosong time cuti ni. Lawan dan lawan. Tapi tarbiah yang paling kemmah duduk kat rumah ni adalah tarbiah bebelan secara khusus supaya aku dapat perbetulkan fardhi muslim secara tak sengaja. Yeah, tarbiah tu tarbiah (faham-faham sendiri). Kadang ada minggu tu aku rasa kosong gila. Bayangkan sepanjang cuti ni cuma dua buku je aku dapat baca sampai habis iaitu cerita Abu Ayyub Al-Ansari Si Syahid Konstantinopel dan Lagenda Budak Usrah. Padahal dekat rumah ni banyak lagi bahan bacaan yang aku perlu baca. Nasib badanlahkan? Diri sendiri yang tak efektif nak membaca maka hasil pun tak proaktiflah jawabnya, Time aku taip untuk catatan blog ni sebelah aku ni ada buku Lagenda Budak Usrah (LBU) karya Muharikah. Ini pun pinjam sebab aku suka sebab aku like FB Muharikah. Banyak benda yang buat aku sedar. Alhamdulillah terisi jiwa yang kontang  dengan pengisian ni. Lepas baca LBU ni aku tiba-tiba nak baca buku Diagnosis karya Dr Anwar Fazal tapi kewangan tak mengizinkan. Boleh je beli tapi ada benda lain yang aku fikirkan patut aku beli. Tu yang tangan gatal je tanya orang 'Siapa ada buku Diagnosis?' aku tak nak beli tapi nak pinjam. Aku tak suka pinjam sebab tak syok nak buat contengan jalanan kononnya dekat buku-buku tu.

Usrah. Tak ada?  Usahakan sampai dapat macam mana nak join usrah. 

Tak nak banyak share. Dalam kepala ni banyak je benda nak share. Apa yang ada dan sesuai aku muntahkan dekat sini. 

Hidup ni start dengan zero. But it will keep you to be hero. Sikit-sikit ah naik. Jangan gopoh nak up. Allah jadikan kita ni pun perlahan-lahan tumbesarannya. Yeah, Allah tu Maha Hebat bro sis sekalian. Btw, istiqamah sehingga kemenangan ya. 

Budak yang banyak masih banyak benda nak kena belajar tentang sistem kehidupan.
5:17 pm
27 Julai 2015









No comments:

Post a Comment

Ahlan Wasahlan. Sebarang teguran atau penambahbaikan bolehlah komen di sini. Barakallah. :)